Cara Kanak-Kanak Belajar Bermain : 6 Peringkat Perkembangan Bermain

Gambar Blogpost Cara Kanak-Kanak Belajar Bermain : 6 Peringkat Perkembangan Bermain

Apa saja aktiviti yang dilakukan oleh anak anda sama ada berstruktur atau tidak berstruktur yang mereka rasa menyeronokkan, dianggap sebagai permainan. Bermain adalah lebih daripada sekadar berseronok. Semasa bermain, anak anda belajar dan mengembangkan kemahiran penting yang akan terus digunakan sepanjang hidup mereka.

Sebahagian daripada kemahiran yang dibangunkan semasa bermain adalah penyelesaian masalah, kreativiti dan kesanggupan untuk mengambil risiko. Kanak-kanak yang menggunakan imaginasi mereka dan bermain olok-olok dalam persekitaran yang selamat dapat belajar tentang emosi mereka, perkara yang menarik minat mereka, dan cara menyesuaikan diri dengan situasi.

Tambahan pula, apabila kanak-kanak bermain sesama mereka, mereka berpeluang untuk belajar bagaimana berinteraksi dengan orang lain dan berkelakuan dalam pelbagai situasi sosial.

Pastikan anda memberi anak anda banyak masa dan ruang untuk bermain.

Senarai ini menerangkan 6 cara bermain semasa peringkat awal kanak-kanak mengikut umur, yang mana semuanya penting untuk perkembangan anak anda :

Unoccupied Play [0-3 Bulan]

Bayi sedang membuat pergerakan tidak menentu menggunakan badan mereka.

Solitary Play [0-2 Tahun]

Kanak-kanak bermain sendirian dan belum berminat untuk bermain dengan orang lain.

Onlooker Play [2 Tahun]

Kanak-kanak melihat dan memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak bermain dengan mereka.

Parellal Play [2-3 Tahun]

Kanak-kanak bermain bersama atau berdekatan dengan orang lain tetapi tiada interaksi antara mereka.

Associative Play [3-4 Tahun]

Kanak-kanak mula berinteraksi dengan orang lain semasa bermain, tetapi tidak banyak kerjasama berlaku.

Cooperative Play [4 Tahun & Ke Atas]

Kanak-kanak bermain dengan orang lain dan mempunyai minat yang sama dalam aktiviti yang mereka lakukan.

Bermain bermula sejak anda anda masih bayi, tetapi ia tidak berhenti di situ!

Memasukkan bermain dalam rutin harian anak anda dan memberi mereka masa untuk bermain adalah penting untuk perkembangan mereka pada setiap peringkat umur. Peringkat bermain seperti di atas adalah garis panduan umum untuk menunjukkan perkembangan kemahiran bermain anak anda, tetapi ingat setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang perkembangan mereka, bawa mereka berjumpa dengan ahli profesional kami.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp