Perkembangan Identiti: Marcia’s Identity Status Theory

Gambar Blogpost Perkembangan Identiti: Marcia’s Identity Status Theory

Identiti merujuk kepada ideologi kita tentang siapa kita sebagai individu dan sebagai ahli kumpulan sosial. Identiti kita bukan semata-mata ciptaan kita sendiri; identiti berkembang sebagai tindak balas kepada kedua-dua faktor dalaman dan luaran.

Sedikit sebanyak, setiap daripada kita memilih identiti, tetapi identiti juga dibentuk oleh kuasa persekitaran di luar kawalan kita.

Identiti adalah dinamik dan kompleks, serta berubah dari semasa ke semasa.

Bagaimana identiti terbentuk?

Erikson percaya bahawa identiti terbentuk apabila seseorang individu bereksperimen dengan tingkah laku dan peranan yang berbeza, serta melalui pelbagai interaksi sosial.

Penyelidik James Marcia memperluaskan teori Erikson dengan mencadangkan bahawa terdapat dua bahagian yang akan membentuk identiti seseorang; iaitu krisis dan komitmen.

Beliau telah mengenal pasti empat (4) status identiti berbeza yang dilalui oleh seseorang remaja semasa mereka mengembangkan identiti mereka :

Difusi Identiti

Remaja yang berada dalam peringkat ini dikatakan mempunyai tahap penerokaan yang sangat rendah serta tidak mempunyai komitmen. Malah, mereka juga tidak mengalamai sebarang krisis. Mereka tidak pernah berfikir tentang identiti mereka dan tidak mempunyai sebarang matlamat yang ingin dicapai.

\”Saya tidak bimbang tentang apa yang perlu dilakukan selepas habis SPM…siapa peduli.\”

Moratorium

Remaja yang berada di status ini secara aktif meneroka identiti mereka sendiri tetapi tidak mempunyai komitmen sebenar terhadap siapa mereka. Mereka juga meneroka tentang kepercayaan dan nilai serta matlamat yang berbeza.

\”Saya nak jadi polis…tak, doktor…tak, cikgu macam kakak sulung saya.\”

Foreclosure

Remaja yang mengalami foreclosure mempunyai komitmen yang tinggi tetapi tahap penerokaan yang rendah. Mereka hanya menerima apa yang ditentukan oleh ibu bapa tanpa memikirkan sendiri apakah pilihan-pilihan yang ada atau perkara yang penting bagi mereka.

\”Saya tidak perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan. Saya akan mengambil alih kedai bakeri ibu.\”

Pencapaian Identiti

Di bawah status ini adalah remaja yang telah meneroka alternatif kepada kehidupan mereka dan telah membuat kesimpulan tentang siapa mereka dan apa yang mereka mahukan. Mereka mempunyai pilihan dan komited terhadap pilihan mereka itu.

\”Selepas belajar di Indonesia, saya sedar saya tidak boleh bekerja dalam bidang perubatan; saya akan menjadi seorang jurutera.\”

Marcia berpendapat bahawa krisis identiti membantu seseorang berpindah dari satu status ke status yang lain. Walau bagaimanapun, setiap orang tidak semestinya mengalami kesemua status di atas.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp