Perkembangan Anak Saya Normal Ke, Cikgu ?

Gambar Blogpost Perkembangan Anak Saya Normal Ke, Cikgu ?

OVERVIEW :

Many of us actually did not realize what are the significant progress that we should be monitoring of in children\’s developmental milestone. It is compulsory for parents to take a look and track the progress for the case that if there is delay in the developmental milestone, early intervention can be done.

Ramai ibu bapa yang bertanyakan soalan ini apabila gerak hati mereka mengatakan ada kelainan pada anak mereka.

Setiap hari kanak-kanak akan mengalami perubahan fizikal, mereka akan bertambah berat dan semakin tinggi. Ini mungkin mudah untuk dilihat dan diikuti secara kasar oleh ibu bapanya kerana zahirnya ia mudah untuk difahami dengan menggunakan urutan angka dan penampilan fizikal mereka.

Dari satu sudut yang lain, ibubapa wajar memberi perhatian kepada perkembangan intelek, emosi dan juga pencapaian perkembangan anak-anak adakah ia selaras kanak-kanak sebaya yang lain.

1. Apa itu Pencapaian Perkembangan?

Pencapaian Perkembangan Kanak-kanak merangkumi enam kemahiran utama iaitu kemahiran motor, melihat, mendengar, pertuturan dan bahasa, sosial dan kognitif.

Perkembangan dalam setiap aspek ini adalah perubahan berterusan yang akan berlaku dan perlu difahami perkembangan seseorang itu juga dipengaruhi oleh keturunan dan persekitaran seseorang individu.

Penilaian terhadap perkembangan perlu dilakukan kerana ini boleh memberi gambaran awal tentang perkembangan kanak-kanak dan membantu penilai mengenal pasti ciri-ciri ketidakupayaan kanak-kanak (jika ada).

Jika kanak-kanak tidak mencapai perkembangan sepatutnya pada tahap umur tertentu, ini merupakan suatu indikator berlakunya kelewatan dalam perkembangan kanak-kanak tersebut.

2. Aspek-aspek yang perlu dinilai:

A. Motor

Kemahiran motor terbahagi kepada motor kasar dan motor halus.

Motor Kasar : perkembangan otot-otot besar yang berfungsi ketika berjalan, merangkak dan duduk.
Motor Halus : perkembangan otot-otot kecil dalam pergerakan tangan dan jari jemari. Contohnya, ketika menulis atau memegang objek

2. Penglihatan

Perkembangan kemahiran iaitu keupayaan melihat objek yang statik dan bergerak di persekitaran kanak-kanak dan bagaimana dia memproses apa yang dilihatnya.

3. Pendengaran

Perkembangan pendengaran adalah kebolehan kanak-kanak untuk mengenalpasti dan membezakan jenis dan arah bunyi serta pemahaman bahasa.

4. Pertuturan dan Bahasa

Kemahiran berkomunikasi adalah kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan sekeliling dengan cara yang betul secara verbal atau bukan verbal dan ianya dapat difahami.

5. Personal Sosial

Kemahiran bersosial merujuk penguasaaan sosioemosinya dalam kehidupan seharian dalam pergaulan. Contohnya, apa yang dilakukan ketika gembira, ketika sedih ataupun marah dan juga bagaimana dia mencorakkan dan mengekalkan perhubungan dengan tingkah laku yang dipamerkan.

6. Kognitif

Kemahiran kognitif adalah keupayaan kanak-kanak untuk memproses informasi yang ada, menganalisa dan menilainya dalam menyelesaikan masalah dalam keadaan yang rasional.

3. Di mana boleh saya rujuk panduan yang normal?

Anda boleh mendapatkan penerangan yang lebih terperinci daripada internet, cuma pastikan kesahihan lawan web yang anda layari. Pastikan maklumatnya boleh dipercayai.

Anda juga boleh menyemak dan menilai perkembangan ini menggunakan Senarai Semak Pengesanan (SSP) Perkembangan Bayi atau Kanak-Kanak (0–6 tahun) yang telah dikeluarkan oleh Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri.  Rujuk laman web ini : https://www.moe.gov.my/images/newportal/pengumuman/SSP_12april20193.pdf

Panduan ini dikeluarkan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap perkembangan murid yang boleh dilakukan oleh guru –guru di pra-sekolah ataupun penjaga. Sebarang isu atau kemusykilan yang berlaku, mereka boleh membawa kanak-kanak tersebut berjumpa dengan pengamal perubatan di klinik kesihatan/ hospital kerajaan/ hospital swasta/ pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) yang berdekatan.

Perkembangan kanak-kanak mengikut umur :

1-2 bulan :

Motor kasar1 Bayi bertindak balas apabila pipi atau tepi mulutnya disentuh atau diusap (Rooting)
2 Mengenggam tangan sendiri (Grasp)
3 Bayi terkejut di luar kawalan (Moro reflect)
4 Menghisap (sucking)
Motor halusMenggenggam jari ibu bapa/ penjaga
PenglihatanMata berkerdip-kerdip melihat cahaya
PendengaranTerkejut pada bunyi kuat
Pertuturan dan BahasaMengeluarkan bunyi (cooing)
Kelakuan (Personal Sosial)Menangis , Senyum
Kognitif1 Memandang mata ibu bapa/ penjaga pada jarak dekat
2 Mengerlipkan mata apabila tangan ditepuk di hadapan mata

3-5 bulan :

Motor kasar1 Menggerakkan kaki dan tangan
2 Mengawal kepala (Cuma sedikit sahaja head lag)
3 Memaut jari-jemari ibu bapa/ penjaga apabila ditarik untuk duduk
Motor halusMemegang dan menghayun mainan apabila diletak pada tangan dalam tempoh singkat
Penglihatan1 Mata mengikut benda bergerak
2 Fokus kepada objek dekat
PendengaranMenunjukkan respon dan memalingkan kepala mengikut arah sumber bunyi yang datang pada aras yang sama
Pertuturan dan Bahasa1 Mengeluarkan bunyi lembut berulang kali (cooing)
2 Menangis apabila tidak selesa atau lapar dan sebagainya
Kelakuan (Personal Sosial)Membalas senyuman dan memandang mata
Kognitif1 Membelek jari sendiri
2 Memberi tindak balas apabila ibu bapa/ penjaga menggeletek dan bermain bersamanya

6-8 bulan :

Motor kasar1 Meniarap dan menelentang
2 Duduk dengan bantuan
Motor halus1 Boleh menggenggam objek
2 Boleh memindahkan objek daripada tangan ke tangan yang satu lagi
Penglihatan1 Fokus kepada objek statik (permainan bayi seperti ‘rattle’)
2 Memerhati dan mengikut pergerakan objek 3 Boleh mencapai objek
Pendengaran1 Menoleh kepada bunyi melebihi aras mata
2 Menunjukkan reaksi kepada sumber bunyi daripada persekitaran
3 Memberi respon kepada suara ibu bapa/ penjaga/ alat permainan pada aras mata
Pertuturan dan Bahasa1 Menyebut berulang kali pa..pa..pa/ ma..ma..ma
2 Menghasilkan bunyi ketawa dan bunyi tidak bermakna
Kelakuan (Personal Sosial)Mengangkat tangan minta di dukung
Kognitif1 Bermain ci-ku-cak (peek-a-boo)
2 Bermain dengan ibu jari kaki

9-11 bulan :

Motor kasar 1 Duduk sendiri tanpa bantuan  
2 Mula cuba untuk merangkak
Motor halus1 Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain
2 Cuba untuk menyentuh objek kecil dengan menggunakan jari telunjuk
Penglihatan1 Fokus kepada objek
2 Memerhati dan mengikut pergerakan objek jatuh
3 Boleh mencapai objek yang jatuh
PendengaranMencari sumber bunyi persekitaran
Pertuturan dan Bahasa1 Meniru/ membuat bunyi pertuturan (contoh: pa, ba, di, du)
2 Memahami arahan mudah seperti ‘tak boleh’ dan ‘bye’
Kelakuan (Personal Sosial)1 Pandang apabila orang berinteraksi dengannya
2 Boleh membezakan muka antara ibu bapa/ penjaga dengan orang lain
Kognitif1 Menjatuhkan objek secara sengaja dan berulang-ulang
2 Memasukkan objek ke dalam mulut

12-17 bulan :

Motor kasar1 Berdiri dengan bantuan 2 Berjalan dengan bantuan sebelah tangan
Motor halus1 Mengetuk dua objek antara satu sama lain 2 Menunjuk dengan jari telunjuk pada objek yang diminati
Penglihatan1 Boleh mengutip objek kecil di sekitarnya 2 Meletakkan objek yang dipegang untuk mengambil objek yang lain
PendengaranMenoleh apabila nama dipanggil
Pertuturan dan Bahasa1 Boleh mengikut arahan mudah (contoh: angkat tangan)
2 Mula menggunakan sekurang-kurangnya satu perkataan bermakna (contoh: mama merujuk kepada ibu)
Kelakuan (Personal Sosial)1 Melambai dan menepuk tangan
2 Memberi respon apabila melihat diri melalui cermin (contoh: senyum, ketawa)
3 Boleh menggeleng kepala tanda tidak mahu
Kognitif1 Mencari benda tersembunyi di pelbagai lokasi
2 Boleh menggunakan objek mengikut fungsi (contoh: cawan, telefon)

18-23 bulan :

Motor kasar1 Berjalan sendiri 2 Memanjat tangga, meja, kerusi dan lain-lain
Motor halus1 Menconteng menggunakan krayon/ pensel/ pen
2 Boleh membuka helaian muka surat buku satu persatu
3 Membina menara menggunakan blok/kiub mainan
Penglihatan1 Memerhati dan mengikut pergerakan objek yang pantas
2 Boleh membezakan jarak objek jauh dan dekat
3 Boleh memadankan objek yang serupa
Pendengaran1 Menunjuk kepada objek atau gambar yang disebut
Pertuturan dan Bahasa1 Menggunakan sekurang-kurangnya 5 perkataan bermakna dalam rutin harian 2 Cuba menggabungkan 2 perkataan bermakna seperti “nak susu”
Kelakuan (Personal Sosial)1 Boleh memeluk dan memberi ciuman kepada orang yang dikenali
Kognitif1 Tidak lagi memasukkan objek ke dalam mulut
2 Membezakan kuantiti banyak/sedikit (contoh: “nak lagi…)

24-35 bulan : 2 TAHUN

Motor kasar1 Berlari 2 Menolak dan menarik mainan beroda
Motor halus1 Membina menara 6 kiub
2 Menunjuk kepada gambar
PenglihatanMengutip objek kecil/ besar (contoh: guli)
Pendengaran1 Boleh mengikut arahan mudah (contoh: “Ambil bola di atas meja”)
2 Menjawab soalan mudah (contoh: Ya/Tidak)
Pertuturan dan Bahasa1 Menggunakan ayat ringkas (2-3 perkataan dalam 1 frasa/ayat)
2 Suka bertanya soalan berulang kali
Kelakuan (Personal Sosial)1 Duduk dan memerhati orang bermain
2 Membantu mengemas barang apabila diminta
Kognitif1 Boleh memadan objek/ gambar
2 Memahami arahan mudah seperti, “Ambil botol letak dalam sink”
3 Meniru perbuatan orang dewasa di rumah

36-47 bulan : 3 TAHUN

Motor kasar1 Melompat dengan 2 kaki 2 Naik dan turun tangga berselang kaki dengan bantuan
Motor halus1 Membina menara 10 kiub 2 Boleh menyuap makanan ke mulut
Penglihatan1 Boleh memasukkan tali ke dalam lubang manik besar
PendengaranBoleh mengikut beberapa arahan serentak (contoh: “Ambil bola biru di atas meja dan masukkan ke dalam kotak”)
2 Menjawab soalan mudah (contoh: “Siapa nama adik?”)
Pertuturan dan Bahasa1 Menyebut perkataan dengan jelas
2 Bercakap dengan lancar (tidak gagap)
3 Menggunakan ayat yang mempunyai sekurangkurangnya 4 perkataan
4 Boleh bertanya soalan (contoh: “Abah nak pergi mana?”)
Kelakuan (Personal Sosial)1 Mula bergaul dengan orang lain
2 Boleh membuang air kecil/ besar di tandas dengan bantuan
3 Boleh menanggalkan pakaian
Kognitif1 Memadan warna
2 Boleh memadankan bentuk asas segi tiga, segi empat, bulat

48 – 59 bulan : 4 TAHUN

Motor kasar1 Lompat dengan sebelah kaki setempat
2 Berjalan atas garisan lurus
3 Bergayut pada pokok/ palang
4 Naik dan turun tangga berselang kaki tanpa bantuan
Motor halus1 Meniru tanda ‘X’
2 Boleh memasukkan tali ke dalam lubang manik
3 Boleh menggunting kertas
PenglihatanBoleh menamakan objek di dalam gambar
PendengaranMenjawab soalan (contoh: “Kenapa dia menangis?”)
Pertuturan dan Bahasa1 Boleh bercerita mengikut turutan
2 Boleh memulakan perbualan
3 Boleh bertanya soalan (contoh: “Awak beli mainan ini di mana?”)
Kelakuan (Personal Sosial)1 Boleh berkongsi mainan
2 Berlakon/main peranan (polis, doktor dan lain-lain)
3 Boleh memakai baju dengan bantuan minimum
Kognitif1 Boleh merungkai objek menggunakan blok dan lego
2 Boleh membina semula objek menggunakan blok dan lego
3 Boleh memakai kasut dengan betul (kanan dan kiri)

60 – 71 bulan : 5 TAHUN

Motor kasar1 Boleh berdiri dengan 1 kaki
2 Boleh berjalan secara mengundur
3 Boleh melompat dengan 2 kaki
4 Membaling dan menangkap bola
Motor halus1 Boleh membutang baju sendiri
2 Boleh melukis orang dengan 3 bahagian badan
Penglihatan1 Boleh membaca huruf besar berukuran 30mm x 20mm atau huruf kecil berukuran 20mm x 13.33mm pada jarak 6m/19.7 kaki
Pendengaran1 Boleh menunjuk arah atas/ bawah/ dalam/ luar apabila diminta
2 Boleh mengulang ayat yang didengari (sekurang- kurangnya 5 patah perkataan)
Pertuturan dan Bahasa1 Boleh bertutur menggunakan ayat yang penuh dan bermakna
2 Boleh bercerita
Kelakuan (Personal Sosial)1 Menunjukkan keinginan menolong kerja rumah (menyapu, mengemas)
2 Boleh bergurau atau berjenaka
3 Mempamerkan sikap mengambil berat terhadap orang lain
Kognitif1 Meniru rajah segi empat
2 Mengenal huruf besar dan kecil
3 Memahami konsep seperti masa, saiz dan ruang
4 Boleh bercerita tentang masa lepas, kini dan akan datang

72-83 bulan : 6 TAHUN

Motor kasar1 Melompat dengan sebelah kaki ke hadapan (menjengket)
2 Berlari laju dengan stabil
3 Menyambut bola dengan dua belah tangan
Motor halus1 Boleh melipat kertas
2 Membuat ikatan menggunakan tali
3 Menyalin bentuk palang ( + )
4 Boleh memakai stokin dan kasut tanpa bantuan
PenglihatanBoleh membaca huruf besar berukuran 30mm x 20mm atau huruf kecil berukuran 20mm x 13.33mm pada jarak 6m/19.7 kaki
PendengaranBoleh menceritakan semula cerita yang didengar/ dibacakan
Pertuturan dan Bahasa1 Bercakap dengan lancar
2 Menguasai banyak perkataan bermakna
3 Menggunakan bahasa untuk meluahkan perasaan
Kelakuan (Personal Sosial)1 Boleh berkawan dengan rakan sebaya
2 Mengikut giliran dan peraturan bermain
3 Boleh mengawal emosi
Kognitif1 Meniru lakaran bentuk abjad
2 Menulis huruf besar dan kecil
3 Mengecam beberapa perkataan yang biasa dilihat
4 Bercerita mengenai apa yang dilukis
5 Menulis nama sendiri

4. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya perkembangan anak saya terlewat?

Jika anda menggunakan SSP, terdapat panduan yang dinyatakan di dalamnya mengenai masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pihak yang lebih arif. Sebarang kemusykilan yang terkumpul di minda, eloklah sekiranya anda berjumpa dan meminta nasihat yang lebih pakar samada pengamal perubatan di klinik kesihatan/ hospital kerajaan/ hospital swasta/ pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) yang berdekatan.

Rujukan :

1. Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Bayi & Kanak-kanak. (2019). Retrieved 2020, from https://www.moe.gov.my/images/newportal/pengumuman/SSP_12april20193.pdf

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp