Echolalia dalam kalangan Autisme

Gambar Blogpost Echolalia Dalam Kalangan Autisme

Overview :

Echolalia means repetition or imitation sounds, noise or words of what have been heard previously. It is very common among the Autism Spectrum Disorder (ASD). It is an ongoing process for them to speak rightly as they have difficulties in formulating the speech. Some would say that, it is an important first step toward more typical forms of spoken communication.

Kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai masalah spektrum autisme (ASD) menggunakan echolalia dalam interaksi harian mereka dan kadang kala mengganggu komunikasi sosial mereka. Echolalia bermaksud mereka mengulangi perkataan atau ayat orang lain tanpa betul-betul ingin menyampaikan maksud tersebut. Mereka mungkin mengulangi kata-kata orang yang dikenali (ibu bapa, guru) atau ayat dari video kegemaran mereka.

Ada apa dengan Echolalia?

Apabila kanak-kanak mengulangi ayat sejurus selepas mereka mendengarnya, ia dikenali sebagai ‘immediate echolalia’. Manakala, jika mereka mengulangi ayat tersebut pada waktu lain, ia dikenali sebagai ‘delayed echolalia’. ‘Delayed echolalia’ akan kedengaran aneh kerana ayat yang diucapkan adalah di luar konteks semasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mungkin mengulang-ulang skrip yang didengari dari cerita kartun yang ditontonnya di rumah, dan kemudiannya dia mengulangi skrip tersebut secara tiba-tiba sewaktu di sekolah.

Echolalia yang keterlaluan akan mengganggu komunikasi dan interaksi sosial kerana ayat yang diulangi itu tidak sesuai pada konteks semasa perbualan dan gagal membawa maksud secara jelas kepada rakan komunikasi. Walaupun sukar untuk mengetahui apa yang cuba disampaikan oleh anak ketika dia menggunakan echolalia, ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui mengenai echolalia:

Kanak-kanak yang mempunyai Autisme menggunakan echolalia kerana mereka belajar bahasa dengan cara yang berbeza

Dalam fasa perkembangan kanak-kanak, mereka biasanya cenderung untuk mula belajar bahasa dengan memahami dan menggunakan kata tunggal, dan kemudian secara beransur-ansur mula menggabungkan perkataan untuk membuat frasa dan ayat.

Walau bagaimanapun, perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak dengan ASD sering kali berbeza daripada perkembangan biasa. Pada mulanya, mereka akan terus menggunakan frasa yang didengari tanpa dapat memecahkan ayat tersebut untuk digabungkan dengan perkataan yang lain. Frasa yang didengari itu mungkin lebih kompleks dari segi tatabahasa dan mereka tidak dapat memahami maksud setiap satu perkataan di dalam ayat atau frasa tersebut.

Contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mengatakan \”sekarang masa kamu mandi\” setiap kali dia mendengar ayahnya mengisi air di dalam baldi. Dia tahu kata-kata itu ada hubungannya dengan waktu mandi tetapi dia tidak tahu erti sebenar setiap satu perkataan  \”sekarang\”, \”masa\”, \”kamu\”, dan / atau \”mandi\” secara terpisah dari ayat tersebut. Oleh itu, dia tidak dapat menggunakan perkataan-perkataan ini dalam konteks ayat yang lain. Oleh kerana dia tidak memahami semua perkataan, dia akhirny menggunakan kata ganti nama yang tidak betul (menggunakan \”kamu mandi\” dan bukan \”saya mandi\”).

Terapis pertuturan akan dapat menolong anak-anak yang menggunakan echolalia dengan menolong mereka belajar menguraikan potongan ayat yang panjang dan memahami apa yang dimaksudkan oleh setiap satu perkataan yang disebutnya sehingga mereka dapat menggunakannya dengan lebih fleksibel serta mula menggunakan perkataan tersebut dalam ayat yang lain dengan konteks berbeza.

Echolalia sering mempunyai tujuan atau mesej

Mungkin ada kalanya anak-anak menggunakan echolalia untuk menenangkan diri ketika mereka marah atau berlatih sesuatu. Dalam hal tersebut echolalia mungkin tidak mempunyai maksud atau mesej kepada orang lain. Namun, terdapat banyak sebab mengapa kanak-kanak menggunakan echolalia untuk tujuan komunikasi, seperti:

Untuk meminta sesuatu

Contoh:

Seorang kanak-kanak mungkin berkata \”do you want cookie?\” untuk meminta biskut kerana dia sebelum ini mendengar orang lain menawarkan biskut dengan cara bertanya seperti itu.

Untuk memulakan interaksi atau mengekalkannya

Contoh:

Seorang kanak-kanak mungkin mengajak kanak-kanak lain memulakan permainan Hide and Seek (aci sembunyi) dengan mengatakan ayat yang selalu disebut semasa bermain seperti \”ready set go!\”

Untuk menarik perhatian seseorang terhadap sesuatu

Contoh :

Anak mungkin menarik perhatian dengan mengulang baris ayat yang didengari sebelum ini untuk menarik perhatian terhadap perkara yang lain

Sebagai contoh, anak ternampak kipas, tetapi dia akan sebut baris ayat \”panasonic, ideal for life\” kerana mereka mengulang ayat yang telah didengari.

Untuk memprotes sesuatu

Contoh :

Sekiranya anak mengulangi soalan \”adik taknak ke?\”, semasa ibu bapa mengeluarkan mainan dari beg, ia mungkin bermaksud bahawa dia tidak mahu bermain mainan tersebut.

Untuk menjawab ya

Contoh:

Jika seorang anak meniru \”Adik nak makan yogurt?\” tepat setelah dia ditanya soalan itu, dia mungkin benar-benar mahukan yogurt dan benar-benar bermaksud \”ya\”.

Memahami makna di sebalik echolalia boleh menjadi sukar! Jadi, sangat penting untuk kita melihat konteks perbualan tersebut.

Echolalia adalah batu loncatan untuk bahasa yang fleksibel

Penyelidik yang mengkaji echolalia telah memperhatikan corak perkembangannya pada kanak-kanak dengan ASD:

  • Pada mulanya, kanak-kanak mengulang baris ayat atau frasa tanpa memahami maksudnya.
  • Kemudian, kanak-kanak mula mengubah suai ayat ini dengan menggabungkan kata-kata dan frasa yang telah mereka gunakan (ini disebut \’mitigated echolalia\’).
  • Ketika pemahaman bahasa mereka makin berkembang, sesetengah kanak-kanak menggunakan ayat yang lebih pendek atau hanya menggunakan satu atau dua perkataan untuk berkomunikasi
  • Secara beransur-ansur, kemahiran bahasa dan komunikasi mereka menjadi lebih spontan dan fleksibel. Echolalia mungkin sekali-sekala digunakan, terutamanya ketika anak letih, keliru atau kecewa. Tetapi, lebih banyak kata dan frasa yang digunakan adalah betul dan fleksibel setelah pemahaman anak meningkat.

Echolalia boleh mengelirukan dan mengecewakan apabila anak hanya mengulang sahaja tanpa betul-betul membuat ayat di dalam konteks komunikasi yang betul. Tetapi dengan memahami mengapa kanak-kanak menggunakannya dan bagaimana ia berfungsi sebagai penghubung kepada bahasa yang lebih fleksibel, anda akan sedia membantu anak yang menggunakan echolalia. Terapi pertuturan sangat penting bagi membantu perkembangan bahasa dan komunikasi anak terutamanya pada anak yang menggunakan echolalia.

Penulis adalah Nur Amirah Bt Mat Ghani, terapis pertuturan tetap Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai

Rujukan :

Artikel ini diterjemahkan semula daripada Lauren Lowry (The Hanen Program).

3 things you should know ABOUT ECHOLALIA. (n.d.). Retrieved April 16, 2021, from http://www.hanen.org/Helpful-Info/Articles/3-Things-You-Should-Know-About-Echolalia.aspx

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp