Apraksia Pertuturan Kanak-Kanak

Gambar Blogpost Apraksia Pertuturan Kanak-Kanak

Apraksia pertuturan kanak-kanak adalah sejenis gangguan pertuturan. Ia adalah masalah dengan koordinasi motor pertuturan.

Apa Itu Apraksia?

Apabila kanak-kanak menghidap apraksia, otak mereka menghadapi masalah merancang untuk menggerakkan bahagian badan (cth. bibir, rahang, lidah) yang diperlukan untuk pertuturan. Kemudian, masalah ini akan menghalang kanak-kanak menghasilkan bunyi pertuturan atau perkataan yang tepat dan konsisten.

Pusat pertuturan otak membantu merancang dan menyelaraskan perkara yang ingin dituturkan oleh kanak-kanak. Bahagian otak ini menghantar isyarat kompleks kepada otot pertuturan muka, lidah, bibir, dan lelangit.

Secara normal, semua isyarat ini berfungsi dengan lancar, dan kanak-kanak boleh membuat semua bunyi yang dia perlukan. Tetapi dengan apraksia pertuturan, sesuatu dalam proses ini menjadi terganggu.

Apakah Kriteria Penting Apraksia Pertuturan?

1)Kesalahan sebutan yang tidak konsisten pada bunyi konsonan dan vokal yang sama.

Contoh : Menyebut \”bola\” sebagai boya, labo, biya, boa

2)Pemanjangan atau gangguan semasa perubahan antara bunyi dan suku kata.

3)Intonasi atau nada yang tidak betul, mungkin akan kedengaran seperti robot.

Jika anda perasan bahawa anak anda mempunyai ciri-ciri apraksia pertuturan, dapatkan bantuan profesional. Mulakan dengan membuat janji temu bersama ahli terapi pertuturan untuk jalani ujian penilaian awal.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp