Autisme; Di Mana Solusinya?

Gambar Blogpost Autisme; Di Mana Solusinya?

OVERVIEW :

Every disease has its own cure. Unfortunately, up until now, current scientific evidences still could not point single thing to be a cure for Autisme. It is definitely a sad truth that have to be accepted by thousands of parents out there. Although there has not been any findings for cure Autisme, it still can be treated. Many experts agree that the best effective solution is by combining the management in treating the symptoms and empowering the development of skills and support for them.

Ramai yang sedia maklum bahawa Autisme adalah satu kecelaruan neurologi yang mengganggu otak secara kekal dan yang memberi kesan kepada seseorang itu seumur hidupnya.

Namun, ramai juga yang bertanya, adakah kondisi ini pengakhiran buat segalanya? Tiada sinar dan harapankah buat anak-anak istimewa ini?

Tahun bersilih ganti, namun sehingga kini, masih tiada penawar Autisme yang ditemui oleh pakar di seluruh dunia. Namun, anda mungkin pernah berjumpa dengan pelbagai jenis produk di pasaran yang mempromosikan produk mereka sebagai penawar kepada Autisme. Jangan mudah terpedaya, mereka ini mungkin dalam kalangan yang mahu mengaut keuntungan di atas nasib yang menimpa anak-anak ini.

Bagaimana dengan Ubat Hospital?

Para doktor yang merawat anak anda pasti akan mengatakan perkara yang sama. Ubatan ini bukanlah untuk menyembuhkan, tetapi sekadar untuk mengurangkan simptom- simptom yang ada pada anak. Contohnya, untuk mengurangkan tingkah laku mengamuk, hiperaktif dan untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.

Hakikatnya, Autisme itu masih ada dan akan terus ada.

Bercakap mengenai isu ubatan, ibu bapa perlu maklum bahawa kesan ubat ini terhadap setiap anak yang mempunyai Autisme adalah tidak sama. Ada yang mempunyai kesan positif seperti menjadi lebih tenang, namun ada juga yang tidak terkesan.

Oleh sebab itu, ibu bapa tidak dinasihatkan untuk bergantung kepada ubat semata-mata. Banyak kajian yang membuktikan bahwa anak-anak yang mendapat intervensi awal (Early Intervention Programme) mengalami perkembangan yang lebih baik dan optimum berbanding mereka yang tidak mengikutinya.

Apa itu Early Intervention Programme (EIP)?

Intervensi awal atau Early Intervention Programme (EIP) adalah satu program perkidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas dan juga ibu bapa mereka. Perkhidmatan ini merangkumi terapi-terapi dan kelas-kelas yang boleh membantu perkembangan anak-anak ini. EIP ini sesuai untuk dimulakan seawal kelahiran sehingga usia lebih kurang 9 tahun dan sepatutnya akan dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dan berkemahiran.

Sokongan untuk ibu bapa pula merangkumi program yang memperkasakan ibu bapa dengan teknik dan cara yang betul dalam mendidik anak berkeperluan khas. Intervensi awal tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa kerana mereka adalah penjaga utama bagi kanak-kanak ini.

Macam mana EIP dapat bantu anak saya?

1. Meningkatkan kemahiran anak-anak.

     Kebiasaannya, anak-anak yang mempunyai Autisme mengalami kesukaran dalam kemahiran untuk belajar dan adaptasi melalui suasana sekeliling. Melalui kelas ini, guru-guru akan melatih mereka untuk berdikari sehingga mampu untuk pergi ke tandas sendiri, makan dengan sendiri dan juga mampu untuk membaca.

2. Mengurangkan tingkah laku negatif

    Guru-guru akan memberikan tips dalam mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai isu tantrum, hiperaktif, dan picky eater (memilih makanan).

3. Membantu anak dari sudut persediaan sebelum ke sekolah

    EIP bertindak sebagai satu persediaan bagi kanak-kanak ini sebelum membolehkan mereka untuk belajar di kelas aliran perdana. Isu yang wujud mungkin kelihatan agak kecil bagi kita. Contohnya, tidak mahu berkawan dengan yang lain, tidak boleh bersabar untuk mengambil giliran atau mudah mengamuk apabila ada perubahan rutin. Namun bagi kanak-kanak di sekolah, ini adalah isu yang besar kerana andai tidak diselesaikan masalah sebegini terlebih dahulu, ia boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar di masa akan datang.

Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam menyediakan penilaian untuk diagnosis, terapi pertuturan dan juga carakerja untuk kanak-kanak yang memerlukan.

Kami juga menyediakan silibus Early Intervention Programme (EIP). Program ini adalah satu program yang dirangka khusus dan holistik bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kelewatan perkembangan yang memerlukan intervensi awal sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Rujukan :

Toran, H. (2017). Autisme; Panduan Ibu Bapa.Ryadh

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp