Setiap individu sudah pasti ada target atau sasaran apa yang perlu dicapai dalam hidup
Begitu juga dari segi kesihatan mental, apa yang kita perlu lakukan sekiranya ada simptom kemurungan, anzieti dan sebagainya mahupun klien yang sedang jalani terapi. Semuanya ada target yang tersendiri untuk sembuh seperti sediakala
Dalam pembinaan target, kita perlu :
1) Pastikan ianya realistik dan jelas supaya mudah dicapai oleh diri kita sendiri
2) Ianya perlu tepat dan terperinci, supaya kita sendiri jelas dengan apa yang kita cuba sasarkan
3) Dan yang paling penting, kita perlu komited dengan sasaran yang sudah kita tetapkan
Ketiga-tiga elemen ini apabila digabungkan mampu menghasilkan sasaran dan pelaksanaan yang baik.
UBAH SASARAN TIDAK JELAS KEPADA SASARAN YANG JELAS
Sasaran tidak jelas:
- Saya ingin pulih
Sasaran jelas:
- Saya ingin pulih dengan melakukan perkara ini:
- Saya akan cuba praktikkan apa yang saya pelajari di dalam sesi terapi selama seminggu ini
- Saya akan hadiri sesi terapi 2 minggu sekali mengikut saranan psikologis
Adakah sasaran kita selama ini jelas atau tidak jelas? Jawapannya ada pada kita. Kita mampu mengubahnya