Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak merubah norma kehidupan kita. Bukan sahaja kita yang dewasa ini terkesan, malahan kanak-kanak turut sama merasai perubahan terhadap rutin harian mereka.
Perlu kita ketahui, kanak-kanak turut terdedah dengan stres dan anzieti terutama sekali dalam keadaan sekarang.
Ada yang rindu nak ke sekolah, bermain bersama kawan-kawan di taman perumahan, rindukan atuk dan nenek di kampung, serta rindukan ibubapa yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan. Ada yang sudah biasa, mungkin juga masih ada segelintir kanak-kanak yang masih berada dalam fasa penyesuaian diri.
Di sini, Psikologis Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai kongsikan sedikit tips tangani anzieti dan stress dalam kalangan kanak-kanak yang boleh dijalankan oleh ibubapa atau penjaga di rumah sepanjang PKP ini.
- Bercakap dengan mereka mengenaik COVID-19 dan mengapa jarak sosial itu penting
- Tetap berhubung dengan rakan dan saudara
- Mencari aktiviti yang boleh anda lakukan bersama
- Mengehadkan apa yang mereka lihat di berita atau internet
- Jaga diri anda, makan makanan yang berkhasiat & bersenam secara teratur
Kekal di rumah. Kita pasti menang!