Permainan aktif adalah penting untuk perkembangan fizikal kanak-kanak. Ia membantu kanak-kanak mengasah koordinasi, keseimbangan, kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus mereka.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang aktif secara fizikal cenderung menjadi lebih sihat, manakala zaman kanak-kanak yang tidak aktif boleh membawa kepada gaya hidup yang tidak aktif juga apabila meningkat dewasa.
Permainan simbolik adalah salah satu cara unik yang menyokong perkembangan motor, kerana ia melibatkan kanak-kanak menggunakan badan mereka dengan secara optima dan aktif.
Permainan simbolik menguatkan kemahiran seperti :
Motor Kasar : Melompat, berlari atau mengimbangi badan sambil berpura-pura seperti berada di atas kapal angkasa.
Motor Halus : Belajar memasang butang baju sambil bermain watak sebagai anggota bomba.
Motor Visual : Mengetuk paku ke dalam lubang menggunakan tukul mainan.
Bagaimanakah permainan mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak?
- Kanak-kanak belajar menggunakan jari dan manipulasi tangan.
- Meneroka perkembangan motor kasar kanak-kanak.
- Meningkatkan koordinasi mata dan tangan.
- Memperkuat koordinasi dan perancangan motor (motor planning)
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara permainan simbolik dan tindak balas seorang ibu. Apabila banyak tindakan yang dilakukan oleh anak dan ibu membuat kontak mata, tersenyum, atau menyentuh mereka, lebih banyak anak anda bermain.
Jadi, mulalah bermain dan berikan anak anda permulaan untuk memperoleh kemahiran yang berharga.