Apa anda perlu tahu mengenai Bipolar?

Gambar Blogpost Apa anda perlu tahu mengenai Bipolar?

Perubahan mood yang ketara antara mania dan depresi selalu menyebabkan individu yang mengalami Kecelaruan Bipolar dipandang serong. Kitaran emosi bipolar ini boleh berlaku dengan mendadak dan ekstrem, sehingga menjejaskan kefungsian harian seseorang. Dari luaran mereka seringkali dilihat normal, namun hakikatnya penderitaan yang dialami adalah sangat mencabar bagi mereka dan yang berada di sekelilingnya.

Gangguan bipolar ini terbahagi kepada bipolar I dan bipolar II. Pesakit dengan gangguan bipolar I mengalami episod mania dan hampir selalu mengalami episod depresi dan hipomania.

Manakala, pesakit gangguan bipolar II pula mengalami sekurang-kurangnya satu episod hipomania, sekurang-kurangnya satu episod major depresi, dan ketiadaan episod mania.

Berikut merupakan simptom yang dialami oleh pesakit bipolar.

Hipomania pula adalah keadaan yang sedikit kurang teruk berbanding mania yang biasanya berlanjutan lebih seminggu. Gejala hipomania berlaku dalam tempoh yang lebih singkat iaitu antara empat ke tujuh hari.

RAWATAN BAGI BIPOLAR

Kondisi ini memerlukan ubatan seperti ubatan penstabil emosi (mood stabilizer) serta antipsikotik. Dalam fasa kemurungan pula, ubatan anti-kemurungan turut diberikan bersama ubat penstabil emosi. Di samping itu, rawatan psikoterapi juga dijalankan bagi membantu penyembuhan. Kebiasaannya, kedua-dua jenis terapi akan dijalankan sekaligus.

Dapatkan diagnosis daripada klinikal psikologis sekiranya anda atau kenalan mengalami simptom berkenaan. Dapatkan bantuan awal bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Kami sedia membantu anda, klik butang temujanji untuk pertanyaan lanjut.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp