Kisah #8 : Aku Kembali Hidup

KisahKita 8 featured image

Di malam yang hening, aku duduk di penjuru katil sambil memegang erat tubuhku. Air mata ku jatuh satu demi satu. Aku terimbas akan kisah silam ku yang amat pahit untuk aku telan hingga kini. Dihakimi kerana paras rupaku. Ditimpa masalah keluarga di mana aku menjadi tempat melepaskan kemarahan. Terpaksa mendewasakan diri di umur seawal 5 tahun.

Aku menceritakan semuanya kepada rakan ku. Dia menyarankan aku untuk merujuk pakar psikologi kerana dia sedar akan keadaan mental ku yang sudah hancur sejak kecil. Aku bersetuju. Hampir dua bulan aku mengumpul kekuatan untuk menyatakan hasrat kepada ibu bapaku namun akhirnya aku cakap juga. Aku hanya berkata guru kaunseling yang menyuruh ku. Mereka bersetuju dengan anggapan tiada apa yang bakal terjadi kerana aku terlihat senyap dan baik-baik sahaja.

Bermula dari mengambil ujian PHQ-9 dan GAD-7 di Klinik Kesihatan lalu dipindahkan ke Hospital. Takdir tuhan menyatakan aku disahkan berhadapan dengan kemurungan sehubungan dengan gejala tidak sihat yang aku lakukan, cara aku berfikir dan perasaan ku pada hari-hari yang aku jalani. Bermula dengan rawatan itulah semua ahli keluarga ku sedar bahawa selama ini kelakuan mereka perlahan-lahan membunuh rohani ku. Ayah ku mula berubah, ibu ku juga.

Setelah beberapa rawatan susulan seperti kaunseling, terapi dan bantuan ubatan, perlahan-lahan aku kembali kepada aku yang sudah tidak lagi mempunyai perasaan sedih yang terlampau, membuat gejala tidak sihat dan dapat menjalani hidup dengan lancar.

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?