Kisah #4 : Ini Cara Aku

KisahKita 4 featured image

Cara dan Tips Untuk Sembuh dari Depression dan Anxiety

(Mind you this post is too long. Aku luangkan masa 2 jam nak taip semua ini. Fuuh Kalau korang yang sakit depression dan anxiety bersungguh nak sembuh bacalah pos ni. InsyaAllah bermanfaat.)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kali ini baru aku ada kesempatan untuk menulis. Memang sejak dua menjak ini aku selalu fikir macam mana aku nak share ngan korang tips untuk sembuh dari depress and anxiety. Setiap malam aku recall dan flashback balik ke tahun turning point aku dimana peralihan dari masa aku sakit sampai aku sembuh. Apa yang aku buat waktu itu? Apa yang aku amalkan? Okay so aku straight to the point je k. Aku akan share semua amalan yang aku buat so that korang yang sakit pun boleh sama-sama amalkan dan terus sihat . InsyaAllah dengan izin Allah.

Okay first all. Ada empat dimensi penyembuhan.

  1. Biologikal
    Perjumpaan dengan pakar psikatri, ubat-ubatan dan sebagainya.
  2. Psikologikal
    Teknik untuk mengawal dan berhadapan dengan perasaan,pemikiran dan tindakan pesakit.
  3. Sosial.
    Sokongan dari keluarga dan kawan-kawan
  4. Spiritual.
    Dari segi agama,hubungan dengan Tuhan.

Okay kenapa diceritakan tentang dimensi penyembuhan? Kerana setiap dimensi ini perlu. Setiap orang perlu amalkan semua ini. Let’s go deeper.

I will start with Spiritual first. Sebab apa? Sebab orang selalu kaitkan orang depress ini tak kuat agama. Tak dekatkan diri dengan Allah. Tapi itu salah. Malah aku pernah kenal orang yang sangat alim dan selalu join usrah pun alami depression.

Jadi aku nak kongsikan amalan yang kita kena buat untuk sentiasa dekatkan diri dengan Allah . Dengan amalan-amalan yang kita buat ini, adalah tanda kepercayaan dan keimanan kita terhadap Allah. Bila kita percaya dan beriman kita akan rasa Allah sentiasa ada dengan kita. Kita tak akan pernah sunyi .

  1. Start pagi-pagi bangun qiamullail pukul 4 atau 5 am. Then solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan tasbih (kalau mampu).
  2. Zikir Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah. Astaghfirullah. Selawat.
  3. Solat sunat sebelum subuh 2 rakaat. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: “Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya”. Lepas itu baca yassin lepas solat subuh. Ade orang bagitau aku kalau baca yassin, seharian itu hidup kita dipermudahkan.
  4. Solat Dhuha. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
    “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). Solat dhuha adalah tanda kesyukuran kita kepada Allah dan penarik rezeki. Rezeki ini luas dan untuk orang depress kita boleh niat rezeki penyembuhan dan kesihatan , rezeki keluarga dan kawan-kawan yang supportive dan rezeki sentiasa berfikiran positif.
  5. Sentiasa solat sunat rawatib. Sbelum dan selepas solat.
  6. Selepas solat asar. dan solat subuh. Amalkan ma’thurat . Ma’thurat ini bermaksud amalan wirid,zikir dan doa oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.
  7. Baca Al-Quran selepas solat Maghrib. Setiap hari 2 muka surat. Tapi terpulang korang nak baca berapa pun yang penting wajib baca at least satu page. Biar hati tak kosong. Lepas tu spend masa lagi pilih satu surah satu hari. Contoh macam aku, aku buat hari isnin baca As-Sajadah, Selasa baca Luqman, Rabu plak baca Ar-Rahman. Sampai hari ahad ade surah tertentu. Surah-surah yang aku pilih ini ada kelebihan dia masing-masing.
  8. Baca Surah Al-Waqiah selepas Maghrib setiap hari. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi). Surah Al-Waqiah ini juga salah satu penarik rezeki dan kekayaan.
  9. Solat sunat taubat setiap hari sebelum tidor. Lepas tu istighfar 100x kali tanda kita memohon ampun kepada Allah. Mungkin sakit depression kita adalah berpunca sebab betapa khilaf dan banyaknya dosa kita. Jadi mohon ampun dengan bersungguh-sungguh kepada Allah. Allah Maha Pengampun. Aku nak share dengan korang doa yg aku selalu baca untuk sembuh dari depression dan anxiety. Tapi doa ni dalam bahasa melayu laa.

” Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dosa kecil dosa besar, doa masa lampau dosa sekarang dan dosa masa hadapan, dosa yang sengaja mahupun tidak sengaja, dosa yang zahir ataupun tersembunyi. Ampunilah segala dosa syirik khafi iaitu riak , takabbur, ujub, sombong, prasangka buruk, suma’h. Bersihkanlah hatiku, terangilah pintu hatiku, lembutkanlah hatiku, gantikan hatiku dengan hati yang baru. Didiklah aku dengan sifat sabar,redha,syukur,tawadhuk,tawakal,zuhud, baik hati, akhlak mulia, fikiran yang positif dan sihat. Kurniakanlah aku kekuatan iman, kekuatan diri, keberanian diri, keyakinan diri, keyakinan diri, keyakinan diri, kekuatan ingatan, ilmu yang bermanfaat, kelancaran lisan, kefahaman ilmu yang luas. Jauhilah aku dari sifat malas,sedih dan lemah. Berilah aku kesembuhan dan kesihatan. Terimalah taubatku dan makbulkanlah doaku.”

Doa sungguh-sungguh. Dari lubuk hati yang dalam dan yakin bahawa Allah akan makbulkan doa. Cuma cepat atau lambat je.

  1. Baca surah Al-Mulk. Pasang youtube surah Al-Baqarah sebelum tidor. 2 jam. Then tidor dalam keadaan kita puas beribadah kepada Allah.

Okay, nampak macam banyak kan nak buat dalam sehari. Tapi sebenarnya tak banyak. Dan kita tak tau bila kita mati. Dalam 24 jam sehari, ada ke amalan kita buat sebelum kita pergi. Jadi sentiasa lah cari masa untuk buat amal ibadah kepada Allah dan Allah akan beri kita lebih banyak lagi masa. Anggaplah bila kita solat, baca Al-Quran dan zikir itu kita nak berehat. Kita penat dengan dunia jadi kita nak rehat. Try buat sikit-sikit. Lama-lama insyaAllah akan sebati dengan diri kita sampai kita rasa Allah begitu dekat dengan hati kita. Dan bila kita tertinggal satu amalan kita rasa macam hidup kita tak lengkap. Aku dah buat. Dan aku rasa banyak perubahan yang aku alami. Alhamdulillah.

Next. Move to Biologikal. Okay yang ini penting . Bila kita depress, kita perlukan someone untuk guide kita. Of courselah kita kena berjumpa yang lebih pakar. Macam aku, aku bermula dengan jumpa pakar Psikatri. Dr cakap tahap chemical serotonin aku berkurang thats why aku depress. Jadi untuk menaikkan serotonin itu, dia bagi aku ubat.. Aku makan itupun kena paksa dengan ayah dan emak. Tapi alhamdulillah sekarang aku sendiri yang alert makan ubat setiap hari sebab apa? Sebab aku nak sihat.

Dan aku ada set up appointment dengan kaunselor di Shah Alam. Berbual dengan kaunselor ini bagus tau. Kita meluahkan segala isi hati kita yang terpendam then dia akan nasihat kita. Banyak sesi dengan kaunslor ini contohnya ada CBT (Cognitive Behavioural Therapy) , Talk therapy, Personality Test, Drawing therapy dan macam lagi. Lepas itu aku berubat dengan ramai ustaz. Aku penah pergi Pusat Rawatan Islam. Pernah merawat dengan ustaz kat Johor dan Terengganu. Pernah pergi Klinik Homeopathy kat Melaka. Sekarang pergi jumpa Ustaz kat area kawasan rumah aku je. Dan sekarang aku juga pergi appointment dekat Hospital. Kalau dulu setiap bulan appointment, tapi Dr kata aku dah makin sihat jadi Dr setup appointment aku 3 bulan sekali. Alhamdulillah. Dan aku juga menunggu sesi clinical psychologist untuk rawatan CBT. Untuk perbaiki dan ubah mind set supaya jadi lebih positif.

Lepas itu dari segi Psikologikal. Kaedah ini sangat memerlukan kekuatan dalaman dan fikiran. Fikiran kena kuat. Kena kuat apa? Kena kuat dalam mencegah fikiran negatif dan sentiasa berfikiran positif. Memang orang cakap, ‘Ala kau senang laa cakap suruh positif positif. nenek aku pun boleh cakap macam itu. Tapi susah tau.’ Memang susah nak berfikiran positif tapi cuba. Cuba. Memang take time. But its worth it. Aku dulu selalu berfikiran negatif. Selalu fikir aku loser, lemah dan victim. Tapi sampai bila kita nak fikir negatif. Life is too short to feel sad and down. Twist sikit fikiran itu dan lihat dari sudut pandangan yang berbeza. Lihat bahawa ada hikmahnya kita sakit. Percaya bahawa Allah takkan membebani hambaNya di luar kemampuan kita. Bermakna kita kuat untuk menghadapi ujian depression ni. Yakin yang kita akan sihat dan gembira.. Okay meh aku bagi contoh simple k.

Setiap hari tengok cermin dan senyum. Senyum lebar-lebar dan pandang muka kita. Katakan pada diri yang kita ada banyak kelebihan. Contoh

Eh hensem atau cantik juga aku ni.

Aku tinggi dan aku cukup sifat tubuh badan.

Aku ada senyuman yang menawan

Aku berani. Fearless.

Aku tenang dan wise.

Aku selalu nak improve dan aku ada ilmu yang aku perlukan.

Aku unik dan ini anugerah Tuhan untuk aku. Aku special.

Hidup ini indah dan cantik

Aku ada unlimited power.

Aku sayang diri aku.

Dan peluk diri kita. Katakan semua perkara yang positif setiap pagi. Dan ulang-ulang sampai kita percya benda yang kita katakan. Sampai kita betul-betul percaya yang kita memang positif, hebat dan yakin. Be confident. Be assertives. Be bold. Yet be kind , be soft and dont be too hard on yourself. You deserve all the good things in life. If you think positive then you will attract positive things too. This is called Law of Attraction. Selalu ucap syukur pada Allah dan berterima kasih pada orang sekeliling

Okay lagi satu cara nak sentiasa yakin dengan diri adalah kenali diri. kenali kebihan dan kekurangan kita. Bila kita tau kelebihan kita kita boleh guna itu untuk kembangkan potensi diri. Banyak cara nak kenal diri . Antaranya adalah buat personality test . Macam aku , aku dah kenali diri aku seorang INFJ. I = Intovert. N – iNtuition. F- Feeling dan J – Judging. Jadi bila aku tau aku INFJ aku selalu baca kelebihan seorang INFJ ini apa . dan apa career yang sesuai dengan INFJ. Aku sesuai untuk jadi seorang kaunselor, motivator dan artist. Jadi aku sentiasa berusaha ke arah itu. Berusaha belajar dalam couse psikologi dan nak jadi seorang psikologis untuk membantu orang yang pernah sakit macam aku. Secara tak langsung aku tanam dalam dri setiap hari belajar sungguh-sungguh untuk capai impian aku. Jadi aku takde masa untuk layan depress ke apa ke.

Okay aku share link untuk korang buat personality test ini. https://www.16personalities.com/free-personality-test . Klik sini. Personlity ini bernama MBTI iaitu The Myers–Briggs Type Indicator. Dia ade 16 personaliti semuanya. Bila dah kenal personaliti diri baru lah kita lebih mendalami diri dan lebih hargai diri kita.

Okay then kita sentuh soal sosial pula ye. Ermm. aku buat yang ini paling last sekali sebab aku ada social anxiety disorder. Jadi agak susah untuk aku lakukan. Tapi sebenarnya apa yang kita takuti itu lah kita kena hadap. Hadap sampai kita dah tak takut lagi. Aku pernah nervous nak keluar jumpa kawan sekolah menengah. Nervous gila sebab nak jumpa ramai orang. Tapi aku lawan dan paksa diri aku keluar juga. Pastu jumpa kawan then gelak-gelak macam tak ade apa yang berlaku. Pastu bila balik rumah terdetik dihati, Eh not bad. Bukan jadi apa-apa pun bila jumpa orang. Pastu aku keluar lagi, keluar lagi dan lagi. lama-lama aku dah tak rasa takut. Social anxiety disorder aku dah hilang. Aku tak kata aku sihat dan sembuh macam itu je. Tapi bila kita dah ada kawan hargai mereka. Go hangout with them. Tengok wayang ke. Food hunting, jalan-jalan. Shopping. Tak pun just berborak-borak dan adakan heart to heart session talk dengan kawan. Luahkan masalah kita. That’s what friend in need. Kawan akan rasa mereka diperlukan dan mereka akan cuba bantu kita. Dulu boleh kata aku jeles dengan orang yang boleh keluar jumpa kawan tanpa ada masalah apa-apa . Tapi sekarang aku dah boleh hangout and alami betapa seronoknya jumpa kawan-kawan dan luangkan masa bersama-sama. Rasa nak tag semua kawan-kawan aku kat sini. Tapi terlalu banyak. And you know who you are. Hehee.

Then family. Family adalah tunjang yang utama dalam proses penyembuhan. Macam aku, apa yang aku dan family aku selalu buat adalah solat berjemaah sama-sama. makan sama-sama. Sambil makan itu update cerita dan apa yang dah berlaku kat kita seharian itu dengan mak dan ayah… Buat aktiviti gotong-royong kat rumah. Main pingpong, badminton dan jogging sama-sama setiap petang. Biar kita ada aktiviti dan sibukkan diri. Tengok tv sama-sama. Borak-borak dan gurau-gurau. Semua itu boleh buat kita rasa ada sense of belonging. Ohana is family. And family means no one left behind. Semua buat sama-sama.

Okay last but not least Aku nak tambah cara aku sembuh dari depression. Berhibur. Kita boleh sihat dengan cara sentiasa happykan diri dan berhibur. Tapi dalam keadaan yang moderate. Banyak benda yang kita boleh isi masa lapang dengan cara berhibur. Macam aku aku terhibur bila tonton movie. Banyak movie yang berkisarkan tentang humanity, comedy dan inspirational. Yang buatkan kita berfikir jauh. Dan kalau nak kelakar, aku sarankan korang layan Running Man. Serius terhibur dan gelak sakan. Lupa segala masalah yang ada. Masa aku depress dulu aku start layan variety show korea. Variety Show korea first yang aku layan adalah dari kumpulan k-pop idol Girl Generation. Mula-mula aku macam pelik juga tengok kawan aku ni tergelak-gelak layan korea. Tapi bila aku dah terjebak tak boleh nak undur dah. Hahah. Serius best. Dan rasa terisi sikit hati yang sunyi masa itu. Gelak-gelak sebab kelakar. The best medicine is laughter. And humuor is a huge tool that we all can use as coping mechanism. Trust me.

Dulu aku suka baca buku. Macam – macam jenis novel aku ada. Aku kumpul novel dari Ustazah Fatimah Syarha, Hilal Ashraf, Hlovate, Kalau yang english novel plak aku suka baca Sophie Kinesella, Cecilia Ahern, John Green dan Jodi Picoult. Pastu aku suka self-help book dan motivation book. Aku ada beli Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed. Korang try baca buku itu. Sangat terinspirasi bila baca buku dia. Dan banyak lagi jenis-jenis buku yang boleh buat kita lari dari realiti ini. Dan ada juga buku yang tambah pengetahuan kita. Terpulang pada kita nak pilih buku genre apa.

Lepas itu, aku suka dengar lagu. Aku suka lagu-lagu yang buat aku rasa semangat. Contohnya lagu Fight Song by Rachel Plattern. Pastu aku still layan Westlife dan BackStreet Boys dari dlu sampai sekarang. hahah. Evergreen je lagu-lagu diorang. Dan aku layan lagu korea. Lagu korea sangat upbeat dan light. Even tak faham bahasa korea tapi aku rasa lagu korea dekat dihati aku. Aku layan hindustan dan nasyid juga. Oh kalau cakap pasal lagu ini, aku memang juara. Aku layan semua jenis lagu. Sebab aku banyak minat. So just layan apa yang korang minat. Bila dah minat takde sape yang boleh halang. Betul kan?

Pastu sejak dua harini aku buat zumba. Serius buat zumba sangat seronok. Fun dan sihat. Baru buat 20 minit dah kuar banyak peluh. Lagi better dari jogging kot. haha. Jadi aktiviti-aktiviti ini buat aku lupakan segala masah aku. Sebab i live in the moment. I dont have to think about my past and i dont have to worry about my future because i live in the present.

Okay. Itu lah amalan yang aku buat untuk sembuh dari depression dan anxiety. Sangat banyakkan? Dalam hidup ini banyak benda yang menyeronokkan yang kita boleh buat. Jangan sedih. La tahzan. Allah dah cakap jangan bersedih sebab sedih yang berpanjangan boleh merosakkan mental dan fizikal seseorang. Jadi, pelase people especially people with depression and anxiety. We can be healthy. We can do this! Just ubah mindset dan cari aktiviti untuk sentiasa sibukkan diri. Dan yang paling penting balik kepada Allah. Banyakkan ibadah kepada Allah dan letakkan keyakinan kita 100% pada Allah. Sebab Dia yang Maha Menyembuhkan.

Allah said’ If you never felt pain or experienced problems, how would you know I’m the Healer? If you’ve never made a mistake, how would you know I’m Forgiver? If you were never hurt, how would you know I’m the Comforter? If your life was perfect, why would you need Me? ( Hadith Qudsi)

Alhamdulillah. Ini apa yang aku buat sepanjang tempoh aku dalam usaha nak sembuh. Jadi aku harap kawan-kawan yang ada masalah yang sama boleh amalkan juga. Kalau tak mampu buat semua, start sikit-sikit dulu. Sokayy. Tapi biar istiqamah dan berterusan. InsyaAllah. Aku doakan kalian semua dirahmati dan diberkati dan sentiasa sihat walafiat. Thank you. Love you all. Have a nice day. 🙂

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?