riding-skateboard (1)

Apa itu ‘Autisme Spectrum Disorder'(ASD)?

Gangguan spektrum autisme (ASD) ialah sekumpulan gangguan perkembangan neurologi kompleks yang menjejaskan fungsi harian. Gejala yang ditunjukkan berlaku seawal zaman kanak-kanak, dan boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.

Ramai orang salah faham autisme sebagai penyakit. Walau bagaimanapun, autisme sebenarnya adalah keadaan yang memerlukan penjagaan dan pengurusan khas. Walaupun tiada penawar yang khusus, individu autistik boleh dibantu untuk mengawal dan menguruskan kehidupan harian mereka seperti orang lain.

Tingkah Laku Seksual Individu Autisme

Dari perspektif biologi, remaja dengan ASD mengalami perubahan fizikal seperti orang lain, tetapi otak mereka tidak mengawal perkara abstrak seperti perasaan dan naluri. Ini menyebabkan mereka mempamerkan tingkah laku seksual yang melanggar norma masyarakat dan sebahagiannya melanggar undang-undang, seperti menyentuh lawan jenis dan berkelakuan seperti kanak-kanak yang mandi atau membuang air kecil tanpa menjaga ruang peribadi. 

Walau bagaimanapun, jika mereka diberi intervensi awal yang sesuai, mereka boleh mengawal tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa dinasihatkan untuk:

  • Memberikan pendidikan berterusan di rumah 
  • Menghalang secara verbal dan berhikmah
  • Mengalih perhatian remaja autistik dengan membuat mereka melakukan aktiviti lain yang mereka suka
  • Mengasingkan mereka di bilik khas 
  • Memberikan intervensi melalui cerita sosial 

Bagaimana Remaja Autisme Jatuh Cinta?

Seperti individu lain, individu autistik juga merasakan emosi seperti jatuh cinta dan ingin berpasangan dengan seseorang yang mereka minati. Tetapi kerana mereka sering mengalami kesukaran untuk berkomunikasi, individu autisme biasanya menyatakan cinta mereka bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tingkah laku. Di samping itu, kebanyakan individu autisme masih tidak memahami peraturan sosial dalam masyarakat, sehingga kadang-kadang mereka melakukan kesilapan dalam menyatakan cinta.


Sebagai contoh, sikap yang ditunjukkan oleh individu autisme yang mempunyai minat terhadap lawan jenisnya agak ketara seperti mendekati secara langsung dan agresif, selalu ingin diberikan perhatian oleh lawan jenisnya, memanggil-manggil setiap saat, yang mana tingkah laku ini boleh dianggap memalukan oleh remaja lain apabila menyukai seseorang.

Perkara ini akan menyukarkan mereka untuk mencari pasangan hidup kerana akan dianggap pelik dan sukar untuk mengekalkan hubungan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya memberikan anak mereka intervensi awal bagi membantu mereka mengawal dan mengatasi tingkah laku tersebut.

Hubungi kami

Jika anak anda mempunyai simptom autisme, anda dinasihatkan supaya membawa mereka berjumpa dengan psikologis klinikal kami bagi mendapatkan penilaian awal dan khidmat nasihat dengan segera.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp