Kisah #19 : Pengajian Yang Tertangguh

KisahKita 19 featured image

Peristiwa ini bermula ketika aku mula menjejakkan kaki ke menara gading pada tahun 2001.Ketika itu aku berusia 24 tahun. Seingat aku, ianya berlaku ketika aku pulang cuti semester 1. Pada suatu petang selepas waktu asar, aku tertidur.aku tidak tahu bila aku sedari.tetapi mengikut ibuku..aku telah tidur selama 18 jam. ibu pelik kerana aku tidak bangun lantas dikejutkan aku.Ketika itulah aku bangun menjadi agresif. keganasan diri ku diluar kawalan , akan hampir membunuh ibuku. Akhirnya aku dibawa ke hospital dan pihak hospital menghantarku ke bahagian psikitrik di sebuah daerah yang bersebelahan dengan daerah ku. Aku tidak ingat apa yang berlaku ketika itu kerana hanya jasad disitu tetapi rohku entah ke mana. aku ditempatkan didalam wad psikitrik.

Aku mengamuk.Pihak hospital menghantar ku ke hospital psikitrik di sebuah bandar. Aku masih tidak ingat apa yang berlaku. Ibu dan ayah telah memohon kepada pihak universiti untuk menunda pengajian ku. Di hospital tengah sebuah bandar, menurut ibu ku aku telah mengganas dan telah mencederakan seorang doctor yang merawatku. Pihak hospital menghantarku kembali ke daerah di mana aku mula dimasukkan.

Kembali ke wad asal.. masih lagi tidak pulih. doktor mengesahkan bahawa aku bipolar disorder. hampir setengah tahun, tiada perubahan.Ibu bapa ku lantas mengambil keputusan untuk membawa ku ke hospital di selatan tanah air. aku dipindahkan. ketika disitu aku masih belum ingat dan kenali diriku. Layanan di hospital memang baik. Doktor dan jururawat mengerti apa yang aku alami. oh ya.. di situ mereka memberi kebenaran untuk aku berubat secara perubatan islam. Apabila ada warisku yang datang membawa air dan makanan untuk diubati mereka sangat mengalu-alukan. Sesekali aku mengganas lagi .Apabila menganas aku di biuskan. Aku redha.

Dengan berkat doa ibu bapa dan sedara mara.akhirnya dengan izin Allah sw.t , aku tersedar dan mula mengingati sedikit demi sedikit. Prosedur untuk keluar dari wad untuk menjalani sebagai insan normal bukannya mudah.Aku terpaksa melalui beberapa fasa untuk mengesahkan bahawa aku pulih sepenuhnya.
setelah setahun aku berperang dengan penyakit ini, akhirnya aku kembali hidup seperti biasa. tetapi bukannya mudah kerana keperibadian ku memang berubah, tubuh fizikal juga berubah.Aku bukan seperti dahulu.

Alhamdulillah dengan semangat dan dorongan keluarga aku menyambung semula pengajian yang tertangguh selama setahun. Aku berjaya menamatkan pengajian dan memulakan kerjaya pada tahun 2007. Rawatan susulan masih diteruskan. ulang alik ke hospital di daerah yang pernah aku jejaki kini menjadi sebahagian diari hidupku. aku sedar kesan dari penyakit ini emosi ku kadang kala tidak ketentuan. Aku tidak perlu mengambil ubat lagi. Apa yang perlu aku lakukan ialah menjalani hidup yang sihat. melakukan aktiviti riadah dan melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan. Aku tidak mahu masyarakat memandang hina kepada bekas pesakit mental seperti ku. Aku buktikan yang aku boleh berjaya seperti insan lain. Aku menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi bagi membuktikan orang seperti ku bukan insan yang gagal dalam kehidupan. Kepada pesakit mental di luar sana jangan sesekali kita rasa lemah , kita kena bangkit, elakkan bersendirian, beribadah dan bertawakallah. Sesungguhnya insan seperti kita ada keistimewaannya. Jangan mengalah.

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?