Saya bukanlah dari kalangan yang mempunyai penyakit mental, tetapi saya hanyalah insan yang membantu rakan yang mempunyai penyakit mental. Saya akan menceritakan pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.
Kisah saya bermula pada sekitar tahun 2021 dan 2022 di mana pada ketika itu saya berumur 17 tahun. Pada ketika itu saya dan rakan saya tinggal di asrama. Akibat daripada pandemik Covid-19 kami jarang pulang ke rumah. Ketika menjadi form 5 di sekolah dan asrama, banyak cabaran yang kami hadapi terutamanya bagi rakan saya yang memiliki masalah mental. Pada awal tahun 2021, rakan saya belum menunjukkan keadaan di mana dia memiliki masalah mental sehinggalah pertengahan tahun, baru saya menyedari rakan saya memiliki masalah mental pada tahap yang kritikal. Di mana saya menyedari bahawa rakan saya suka melukis ilustrasi dan tulisan yang di luar jangkaan saya. Sebagai contoh, dia melukis gambar pisau berada pada lengan, bisikan untuk mengajak dia membunuh diri, bisikan di mana merendahkan diri dia sendiri. “Kau ni menyusahkan orang je, elok ko mati jela”. Hal ini mengejutkan saya dan rakan-rakan yang lain.
Pada suatu ketika di mana kami form 5, menghadapi masalah dan sedikit pergaduhan bersama dengan junior. Dan pada ketika itu rakan saya menunjukkan perangai yang lain daripada lain. Cara dia bercakap dan mengeluarkan kata-kata tidak seperti dia yang sebenar. Dan juga perangainya berubah-ubah. Terkadang dia menjadi diri dia yang sebenar, kadang menjadi orang lain. Terkadang juga dia suka menyakitkan diri dengan memukul di kepala ketika dia marah dan berkata “ISH !! TAK GUNA”. Dia memukul kepalanya berkali-kali sehinggakan saya menahan dia daripada terus mencederakan diri dia sendiri. Selepas itu saya memeluk dia untuk menenangkan diri dia.
Selepas kejadian itu, saya asyik memikirkan cara untuk membantu rakan saya. Tetapi saya tidak dapat penyelesaiannya. Rakan saya pernah berceritakan kepada saya yang dia tidak pasti yang dia memiliki Bipolar Disorder ataupun tidak kerana dia berkata yang dia selalu menangis dan marah tanpa sebab. Dia juga berkata kepada saya yang dia mendengar bisikan-bisikan di telinganya. Dia juga pernah menceritakan tentang dia selalu dimarahi dan dibandingkan dengan adik beradik yang lain oleh ibu bapa dia. Oleh disebabkan itu, dia lebih suka tinggal di asrama bersama rakan-rakan dia berbanding tinggal di rumah. Saya dan rakan-rakan yang lain tidak tahu cara yang terbaik untuk membantu dia. Kami hanya mampu mendengar, menasihati dan menenangkan dia saja. Itulah pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Dan pengalaman tersebut memberi inspirasi kepada saya untuk berani dalam membantu rakan saya yang memiliki masalah mental.
Sedikit nasihat dan harapan saya, jangan takut untuk membantu rakan kita yang mempunyai masalah mental kerana mungkin kita adalah insan yang telah menyelamatkan satu nyawa daripada terkorban.