Adakah anda tertekan dan bimbang tentang wang?
Adakah anda merasakan anda hidup hanya untuk mendapatkan gaji yang “cukup makan” setiap bulan?
Sekarang ini, anda mungkin berhadapan dengan dilema tidak mampu membayar bil, dicop sebagai bankrap pada rekod kredit, atau hidup dalam ketakutan yang berterusan disebabkan kelewatan dalam membayar segala komitmen bulanan.
Sememangnya sukar untuk dibayangkan, tetapi isu kewangan bukan sahaja menyebabkan tekanan. Kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa ia sebenarnya boleh membawa kepada masalah kesihatan mental yang serius.
Di samping itu, ia membawa kepada cabaran dengan kerja, kehidupan keluarga dan isu kesejahteraan emosi yang teruk.
Masalah Kewangan
Berikut adalah senarai masalah kewangan yang paling biasa dihadapi oleh orang ramai :
- Kurang pendapatan / kehilangan pekerjaan
- Perbelanjaan yang tidak dijangka
- Terlalu banyak hutang
- Keperluan untuk bebas kewangan
- Berbelanja berlebihan atau kekurangan bajet
- Rekod kredit teruk
- Kurang simpanan
Kesan Tekanan Kewangan Terhadap Kesihatan Mental
Tekanan kewangan boleh menjejaskan kesihatan mental anda, antaranya melalui cara berikut:
- Insomnia atau kesukaran tidur yang lain. Ia menyebabkan anda tidak lena tidur pada waktu malam akibat bimbang tentang bil yang belum dibayar atau kehilangan pendapatan.
- Pertambahan berat badan (atau penurunan). Tekanan boleh mengganggu selera makan anda, menyebabkan anda cemas makan berlebihan atau ponteng makan untuk menjimatkan wang.
- Kemurungan (depression). Hidup di bawah masalah kewangan boleh menyebabkan sesiapa sahaja berasa kecewa, putus asa, dan bergelut untuk menumpukan perhatian atau membuat keputusan.
- Kebimbangan (anxiety). Tanpa wang, seseorang boleh menjadi sangat cemas dan boleh mencetuskan gejala kebimbangan seperti degupan jantung yang laju, berpeluh, menggeletar, atau menhadapi serangan panik.
- Kesukaran dalam perhubungan. Wang sering disebut sebagai isu paling biasa yang dipertikaikan oleh pasangan. Jika tidak dikawal, tekanan kewangan boleh membuat anda mudah marah, menyebabkan kehilangan minat terhadap pasangan, atau lebih teruk lagi menyebabkan penceraian.
- Pengasingan sosial. Kebimbangan tentang wang boleh membuat anda berasa “kecil” berbanding orang lain dan menyebabkan anda menjauhkan diri , menyekat kehidupan sosial anda dan memilih untuk bersendirian—yang hanya akan memburukkan lagi tekanan anda.
- Penyalahgunaan bahan terlarang atau pengambilan alkohol secara berlebihan.
- Self-harm atau keinginan untuk membunuh diri.
Sokongan untuk Kesihatan Mental Anda
Tidak kira betapa sukarnya keadaan anda pada saat ini, ada jalan keluar. Beberapa strategi di bawah boleh membantu anda memecahkan kitaran masalah kewangan yang anda hadapi, mengurangkan tekanan kewangan dan mencari kestabilan semula.
- Atur kewangan anda. Buat belanjawan bulanan.
- Tuntut faedah yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk menampung sedikit keperluan kewangan anda.
- Urus tekanan anda.
- Bercakap dengan rakan atau ahli keluarga yang dipercayai.
- Mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan mental seperti psikologis klinikal.
Hubungi Kami
Sama ada anda mempunyai rakan atau orang tersayang untuk berbincang dan menerima sokongan emosi, mendapatkan nasihat praktikal daripada ahli profesional adalah pilihan yang terbaik.
Mendapatkan bantuan bukanlah tanda kelemahan diri dan ia tidak bermakna anda gagal sebagai individu, ibu bapa atau pasangan. Ia bermakna anda cukup bijak untuk menyedari keadaan kewangan yang menyebabkan anda tertekan dan anda tahu isu ini perlu ditangani.