Berinteraksi dengan Kanak-kanak Autistik: Apa Perlu Buat & Elak?

pexels-chiến-bá-15038268

Berinteraksi dengan kanak-kanak autistik boleh menjadi satu cabaran buat ibu bapa atau ahli keluarga lain. Tetapi, berinteraksi adalah salah satu perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk membantu proses pembelajaran anak anda.

Kajian menunjukkan bahawa penglibatan awal, secara kerap dan penuh kasih sayang daripada ahli keluarga adalah salah satu cara terbaik untuk membantu kanak-kanak yang menghidap ASD.

Kanak-kanak autistik adalah individu sama seperti mana kanak-kanak lain, jadi tiada peraturan yang ditetapkan tentang bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka. Namun, terdapat beberapa perkara umum yang boleh anda pertimbangkan untuk menggalakkan interaksi yang sihat bersama mereka.

Seperti semua kanak-kanak lain, kanak-kanak autistik berhak untuk dilayan dengan baik dan dihormati oleh orang lain. Pilihan yang anda buat berkemungkinanan boleh menyebabkan kemudaratan secara tidak sengaja, walaupun anda ingin berinteraksi dengan mereka secara positif.

Cara Berinteraksi dengan Kanak-kanak Autistik

Berikut adalah perkara yang anda perlu buat dan elak apabila berurusan dengan kanak-kanak autistik untuk membina interaksi yang positif bersama mereka.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp