Terapi Carakerja dan Ketidakupayaan Pembelajaran Pada Kanak-Kanak

pexels-keira-burton-6623833-min

Banyak faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami ketidakupayaan pembelajaran dan ini boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk mendengar, bercakap, membaca, menulis atau menyelesaikan masalah matematik.

Hal ini boleh menimbulkan kesukaran yang ketara di sekolah di mana kanak-kanak dijangka untuk terlibat dalam sesi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kemahiran yang berbeza.

Siapa yang boleh membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran?

Jika anak anda telah didiagnosis dengan ketidakupayaan pembelajaran atau Specific Learning Disability (SLD) dan mengalami cabaran dari sudut akademik mereka, sokongan daripada terapis carakerja amat berharga buat mereka.

Terapis carakerja (OT) mempunyai peranan penting dalam membantu kanak-kanak memperoleh kemahiran berdikari dan membangunkan kemahiran baharu untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti harian, seperti penjagaan diri, bermain dan belajar.

Bagaimana terapis carakerja membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran?

Semasa sesi terapi, OT akan mengenal pasti sebarang punca yang mungkin menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran, seperti masalah kemahiran motor, cabaran untuk memberi perhatian, atau isu persepsi visual (visual perception). OT akan bekerjasama dengan kanak-kanak untuk mengoptimumkan penglibatan mereka di sekolah dan di rumah.

Beberapa strategi biasa yang digunakan OT untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah seperti yang berikut :

  • Bekerjasama dengan guru dan ibu bapa/ahli keluarga untuk menyokong kanak-kanak dengan cara yang lebih baik. OT akan membuat perubahan yang sesuai kepada persekitaran fizikal (dalam bilik darjah dan/atau di rumah) bagi menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti harian.

  • Menjalankan terapi tingkah laku kognitif untuk mengajar kanak-kanak tentang self-regulation, bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran memberi perhatian dan kewaspadaan (alertness).

  • Penilaian sensori dan alatan untuk membantu meningkatkan kemahiran tulisan tangan atau konsep cetakan (printing). OT selalunya menggunakan sumber dan bahan yang sesuai untuk perkembangan kanak-kanak melalui pelbagai pendekatan pembelajaran.

  • OT selalunya akan memperkemaskan tugasan bagi memudahkan kanak-kanak mengurusnya.

  • Memory prompts diberikan oleh OT untuk membantu kanak-kanak, termasuk isyarat visual (visual cues).

  • Membangunkan strategi pengurusan masa yang lebih baik.

 Adalah penting untuk mengetahui bahawa OT tidak boleh mendiagnosis sebarang isu ketidakupayaan pembelajaran.

Bagaimanapun penilaian daripada psikologis klinikal boleh memberikan maklumat khusus tentang kekuatan dan kelemahan kanak-kanak yang kemudiannya boleh digunakan untuk menyokong rawatan dan cadangan daripada OT.

Jika anak anda mengalami kesukaran dalam pembelajaran mereka atau mempunyai sebarang isu berkaitan, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda menjalani konsultasi bersama psikologis klinikal kami untuk mendapatkan bantuan awal supaya anak anda dapat berkembang dengan lebih baik.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp