Autisme dan lewat pertuturan sering berkait. Banyak ibu bapa kepada anak yang mempamerkan lewat pertuturan berasa bimbang sekiranya anak mereka mungkin mempunyai Autisme. Bagi kebanyakan kanak-kanak, perkataan pertama muncul kira-kira berusia 12 bulan. Tetapi, hampir 10% bayi tiada dekutan (babbling) atau bercakap pada usia tersebut.
Tahukah anda? Sebanyak 40% atau lebih kanak-kanak dengan Autism Spectrum Disorders (Autism, PDD, Asperger Syndrome) tidak mampu berkomunikasi secara lisan. Menurut sesetengah penyelidik, masalah ini adalah disebabkan oleh kekurangan pragmatik ucapan. Bagaimanapun, penyelidik yang lain pula mencadangkan bahawa kanak-kanak dengan ASD ini mungkin mempunyai masalah motor pertuturan (motor speech disorder).
Sesetengah kanak-kanak yang mempunyai Autisme tidak mampu untuk bercakap, sementara yang lainnya membina perbendaharaan kata yang luas dan boleh membentuk ayat dengan betul. Bukan itu sahaja, ada antara mereka mampu menyebut perkataan dan frasa yang rumit serta menggunakannya dengan tepat, tetapi bercakap dengan nada suara yang tidak menonjol atau mendatar.
Malahan ada antara mereka hanya mendekut atau mengeluarkan bunyi dari kerongkong. Kanak-kanak ini juga mungkin juga mengulangi sebarang perkataan atau frasa. Sebagai contoh, anda mungkin mendengar anak anda mengulangi frasa menarik bagi sebuah iklan TV yang popular dalam keadaan di mana ia tidak masuk akal untuk mengulangi frasa tersebut.
Terapi Pertuturan Untuk Kanak-Kanak Yang Mempunyai Autisme
Terapi pertuturan adalah cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran pertuturan dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan. Terapi ini melibatkan pengembangan kosa kata atau mengajar sistem komunikasi tanpa lisan sebagai alternatif.
Terapi pertuturan ini memberikan banyak manfaat antaranya :
1) Membina perbendaharaan kata dan menggalakkan ucapan lisan
2) Memahami makna dan konteks perkataan
3) Menggambarkan pragmatik ucapan untuk memahami penggunaan ucapan yang betul dalam situasi sosial
4) Mengambil bahagian dalam perbualan dua hala
5) Belajar kaedah komunikasi tanpa lisan seperti Sistem Komunikasi Tukar Imej (PECS)
Jika anak anda mempunyai Autisme dan lewat pertuturan, sangat penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat seawal mungkin dan mendapatkan rawatan yang betul.
Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam menyediakan penilaian untuk diagnosis, terapi pertuturan dan juga carakerja untuk kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menyediakan silibus Early Intervention Programme (EIP). Program ini adalah satu program yang dirangka khusus dan holistik bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kelewatan perkembangan yang memerlukan intervensi awal sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan.