Tanda-tanda Seseorang Mengalami Gangguan Pemakanan ‘Bulimia Nervosa’

pexels-cottonbro-studio-5712686

Apa Itu Bulimia Nervosa?

Bulimia nervosa ialah gangguan pemakanan yang dicirikan oleh pengambilan jumlah makanan yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat, diikuti dengan percubaan untuk memuntahkan kembali (purge) apa yang telah dimakan.

Penghidap bulimia nervosa terlibat dalam tingkah laku makan secara berlebihan (mengambil sejumlah besar makanan) yang diikuti dengan percubaan untuk mengimbangi jumlah besar makanan yang diambil.

Mereka cuba menyingkirkan makanan yang telah dimakan dengan memaksa muntah atau melalui penggunaan julap. Sesetengah individu yang terjejas terlibat dalam jumlah senaman yang berlebihan atau berpuasa juga secara berlebihan.

Tanda Anda Perlu Awasi!

Jika seseorang mengalami gangguan pemakanan jenis ini, berikut adalah antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan:
• Memaksa diri untuk muntah selepas makan
• Kerap makan dengan cara tidak normal
• Tidak mampu untuk berhenti makan secara berlebihan
• Keyakinan diri terlalu dipengaruhi oleh bentuk badan dan berat badan
• Takut berat badan bertambah, walaupun mempunyai berat badan normal

Jenis Utama Bulimia Nervosa

Gangguan pemakanan ini terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu:

  • Penyingkiran (Purging)
    Memaksa diri untuk muntah, menggunakan ubat julap, diuretik atau enema selepas makan tanpa keperluan
  • Bukan Penyingkiran (Non-purging)
    Bersenam atau berpuasa secara berlebihan mengelakkan pertambahan berat badan setelah makan dengan banyak.

Hubungi Kami

Jika anda atau seseorang yang anda kenali terlibat dalam pemakanan yang tidak teratur atau menunjukkan tingkah laku yang berkaitan dengan Bulimia Nervosa, dapatkan bantuan daripada psikologis klinikal kami dengan segera.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp