Mekanisme Bela Diri: Sihat vs. Tidak Sihat

Gambar Blogpost Mekanisme Bela Diri Sihat vs. Tidak Sihat

“Saya stres. Saya akan berasa lega selepas makan 2 bar coklat.”

Setiap hari akan ada situasi yang membuatkan kita berasa tertekan, sama ada membuatkan kita berasa cemas mengenai sesuatu peristiwa yang belum berlaku mahupun yang sudah berlaku. Namun, generasi kini acap kali mengambil mudah mengenai coping mechanism bagi menangani tekanan mereka. Misalnya, mereka beranggapan dengan mengambil makanan ringan mahupun kuantiti makanan yang banyak dapat membuatkan tekanan mereka hilang. Tanpa mereka sedari cara ini akan memberi impak kepada mereka pada masa hadapan, misalnya, penyakit kencing manis sekiranya mengambil makanan yang mengandungi tahap gula yang tinggi dalam kuantiti yang banyak.

Beberapa mekanisme bela diri yang tidak sihat yang paling biasa adalah:

  • Penggunaan dadah atau alkohol secara berlebihan. Stimulants (kelas ubat yang mempercepatkan mesej bergerak antara otak dan badan serta boleh membuat seseorang berasa lebih terjaga, berjaga-jaga, yakin atau bertenaga. Misalnya, kafein, nikotin, amfetamin dan kokain) dan antidepresan mungkin membantu untuk mematikan perasaan dan mengurangkan pemikiran negatif yang sedang dielakkan, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang teruk seperti ketagihan, overdosis, dan bahkan kematian.
  • Menghindari isu (avoidance). Walaupun ini mungkin terasa seperti cara yang lebih mudah untuk menangani tekanan anda, namun, menghindari dari isu tersebut pada akhirnya akan menyebabkan anda berasa lebih tertekan.
  • Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Badan anda memerlukan nutrisi serta tenaga untuk berfungsi sepanjang hari. Apa sahaja melebihi atau kurang daripada jumlah nutrisi yang disyorkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk.
  • Pembelian secara impulsif. Retail therapy boleh bermula dengan pembelian barang kecil atau peranti tetapi sering kali boleh menyebabkan pembelian yang lebih besar yang boleh menyebabkan masalah kewangan yang serius.
  • Tidur terlalu banyak. Tidur berlebihan boleh menyebabkan perasaan keletihan serta kelesuan. Ini juga boleh mengganggu prestasi kognitif seperti daya ingatan, perhatian, dan penyelesaian masalah.

Jika anda berasa cemas, sedih, atau mengalami masa yang sukar, cubalah menggunakan kaedah-kaedah sihat yang berikut. Menggunakan kaedah-kaedah sihat ini dapat membantu anda menangani cabaran kesihatan mental anda secara lebih positif dan berkekalan:

  • Mengenali pencetus masalah. Anda boleh mengenal pasti pencetus bagi permasalahan yang dihadapi. Hal ini dapat membantu anda untuk merangka pelan tindakan untuk menangani permasalahan tersebut.
  • Berdepan dengan masalah. Fokus kepada apa yang menyebabkan tekanan atau kegelisahan anda, dan hadapi secara langsung.
  • Berkongsi masalah dengan rakan atau ahli keluarga yang dipercayai. Berkongsi permasalahan yang dihadapi dengan orang yang dipercayai adalah salah satu coping mechanism yang sihat. Hal ini kerana, mereka boleh memberikan sokongan emosi serta nasihat. Selain itu, ini anda akan merasa lega setelah berkongsi permasalahan tersebut.
  • Bersukan atau melakukan hobi yang diminati. Melakukan aktiviti sukan atau hobi yang diminati dapat mengalihkan fikiran yang serabut. Ini dapat memberikan kesempatan kepada fikiran untuk fokus pada sesuatu yang positif dan menyihatkan.
  • Mencari rawatan profesional. Terapi boleh memberi manfaat dalam menangani dan memproses pelbagai emosi dan tingkah laku melalui sudut pandang yang berbeza. Jika permasalahan tersebut mengganggu kehidupan seharian anda, doktor mungkin akan memberikan cadangan untuk berjumpa dengan terapi cara kerja. Terapi cara kerja mungkin dapat membantu anda menangani isu tersebut.

Jiwadamai juga boleh membantu anda dalam isu psikologi yang dihadapi daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke dewasa sama ada ia isu kesihatan mental mahupun isu perkembangan kanak-kanak secara holistik kerana ahli klinikal kami terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologis Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), dan juga ahli terapi pertuturan (speech therapist).

Jikalau tidak keberatan, anda boleh hubungi kami melalui talian 017 269 4852 (hotline isu dewasa) dan 011 5430 8949 (hotline isu kanak-kanak & remaja) dan lakukan janji temu bersama kami. Kami sedia membantu anda.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp