Kafein, Teman atau Musuh : Mengetahui Simptom Penarikan Kafein

Gambar Blogpost Kafein Teman atau Musuh Mengetahui Simptom Penarikan Kafein Jiwadamai

Dalam era akademik yang penuh dengan tuntutan dan jadual yang padat, kafein telah menjadi teman setia bagi ramai pelajar. Daripada secawan kopi pagi hingga minuman tenaga yang mengandungi kafein, penggunaan kafein sering kali dianggap sebagai jalan pintas untuk meningkatkan daya tumpuan dan tenaga.  Hal ini kerana kafein merupakan salah satu bahan yang paling biasa digunakan dan mudah didapati untuk perubahan mood dan perubahan tingkah laku (Heckman et al., 2010). Kafein, secara semula jadi boleh ditemui dalam daun, biji, atau buah sekurang-kurangnya 63 spesies tumbuhan di seluruh dunia, terdapat dalam produk yang biasa digunakan seperti kopi, teh dan coklat, dengan anggaran kadar penggunaan global sekitar 80%.

Sebab Penggunaan Kafein oleh pelajar

Banyak kajian terdahulu telah menyelidiki sebab-sebab di sebalik penggunaan kafein yang semakin meluas di kalangan pelajar. Kajian oleh Malinauskas et al. (2007) mengenai penggunaan kafein oleh pelajar universiti menunjukkan bahawa 65% daripada mereka mengambil kafein untuk meningkatkan tenaga, fungsi kognitif, fokus dalam kelas, dan mengekalkan mood yang stabil. Selain itu, penyelidikan oleh Petit dan Debar (2011) mendapati bahawa tekanan yang meningkat mendorong pelajar universiti untuk bergantung pada kafein dalam proses pembelajaran. Ketergantungan kepada kafein tidak hanya mempengaruhi tahap tenaga dan prestasi akademik, tetapi juga berpotensi menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Kafein digunakan untuk meningkatkan mood, prestasi akademik, dan kewaspadaan, serta membantu pelajar dalam menguruskan tekanan dan emosi mereka.

Penarikan Kafein / Kesan penggunaan kafein

Penarikan Kafein ( caffeine withdrawal) ialah sindrom penarikan yang berlaku selepas pemberhentian mendadak (atau pengurangan ketara dalam) penggunaan kafein harian yang berpanjangan. Individu yang mengambil bahan berkafein secara berlebihan adalah cenderung untuk mengalami simptom penggunakan kafein. walaubagaimanapun, Setiap sindrom ini adalah berbeza berdasarkan diri individu tersebut. Antara sindrom penarikan kafein termasuk:

  • demam,
  • sakit kepala
  • insomnia (Susah untuk tidur),
  • keletihan atau mengantuk,
  • mood tertekan,
  • kerengsaan,
  • degupan jantung laju atau tidak sekata; susah untuk bernafas.

Oleh kerana pengambilan kafein sering dilakukan pada rutin harian ( seperti waktu rehat , waktu minum petang), pengguna kafein mungkin tidak menyedari kebergantungan fizikal mereka terhadap kafein. Oleh itu, simptom penarikan kafein boleh di luar jangkaan dan dikaitkan dengan punca lain (seperti selesema, migrain). Tambahan pula, gejala penarikan kafein mungkin berlaku apabila individu dikehendaki menahan diri daripada makanan dan minuman sebelum prosedur perubatan atau apabila dos kafein yang biasa terlepas disebabkan oleh perubahan rutin (seperti semasa perjalanan jauh dan hujung minggu).

Kriteria Diagnostik

Selain daripada kesan penggunaan kafein, kafein juga boleh dikategorikan mengikut beberapa kriteria diagnostik yang ditetapkan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5). Kriteria-kriteria ini digunakan oleh profesional perubatan untuk menentukan sama ada seseorang mengalami gangguan berkaitan kafein berdasarkan simptom dan pola tingkah laku yang ditunjukkan. Oleh itu, penting bagi pengguna kafein untuk mengambil berat mengenai kesan penggunaan kafein agar ia tidak mengakibatkan gejala yang memerlukan rawatan perubatan lanjut.

Berikut merupakan kriteria diagnostik untuk kesan penarikan kafein:

Kriteria A

Penggunaan Kafein Harian yang berpanjangan

Kriteria B

Pemberhentian atau pengurangan penggunaan kafein secara tiba-tiba, diikuti dalam masa 24 jam sebanyak 3 kali atau lebih daripada tanda atau gejala berikut :

  • Sakit kepala.
  • Keletihan atau mengantuk yang ketara.
  • Mood dysphoric, mood tertekan, atau mudah marah.
  • Sukar menumpukan perhatian.
  • Gejala seperti selsema ( loya, muntah, atau sakit/kekakuan otot).

Kriteria C

Tanda atau simptom dalam kriteria B menyebabkan kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dalam bidang sosial, pekerjaan atau fungsi penting lain.

Kriteria D

Tanda atau gejala tidak dikaitkan dengan kesan fisiologi keadaan perubatan lain (cth., migrain, penyakit virus) dan tidak dijelaskan dengan lebih baik oleh gangguan mental lain, termasuk mabuk atau menarik diri daripada bahan lain.

Kriteria Diagnostik

1. Kurangkan secara perlahan-lahan

  • ­Penurunan berperingkat : kurangkan pengambilan kafein secara perlahan-lahan untuk mengelakkan simptom pengurangan yang teruk. Contohnya , sekiranya sehari mengambil kopi sebanyak 2 cawan , boleh dikurangkan sehingga 1 cawan sehari.
  • Gunakan alternatif lain sebagai kafein : Beralih kepada minuman kafein rendah seperti kopi decaf dan teh hijau.

2. Gantikan dengan pilihan yang sihat

  • Minuman tidak berkafein : Memilih minuman yang sihat seperti air minuman dan air mineral.
  • Memastikan hidrasi tubuh : Pastikan minum air secukupnya sepanjang hari kerana kadang-kadang keletihan boleh disalah anggap sebagai keperluan untuk kafein.

3. Menguruskan Simptom Pengunduran

  • Rehat dan tidur yang cukup : mendapatkan tidur yang berkualiti untuk mengurangkan rasa keletihan yang boleh timbul akibat pengurangan kafein
  • Aktiviti fizikal : Melakukan senaman ringan seperti berjalan atau yoga boleh membantu mengurangkan simptom kegelisahan dan keletihan

4. Menetapkan matlamat dan memantau kemajuan

  • Tetapkan matlamat : tetapkan matlamat yang realistik dan jangka masa untuk mengurangkan pengambilan kafein
  • Mencatat pengambilan kafein : Mencatat di buku nota ataupun aplikasi untuk merekodkan pengambilan kafein dan memantau hasil mengurangkannya.

Jiwadamai juga boleh membantu anda dalam isu psikologi yang dihadapi daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke dewasa sama ada ia isu kesihatan mental mahupun isu perkembangan kanak-kanak secara holistik kerana ahli klinikal kami terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologis Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), dan juga ahli terapi pertuturan (speech therapist).

Jikalau tidak keberatan, anda boleh hubungi kami melalui talian 017 269 4852 (hotline isu dewasa) dan 011 5430 8949 (hotline isu kanak-kanak & remaja) dan lakukan janji temu bersama kami. Kami sedia membantu anda.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp