Menjaga ahli keluarga atau rakan yang mengalami anxiety disorder (gangguan kebimbangan) boleh membebankan fizikal dan meletihkan emosi. Tetapi menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri adalah penting dalam menyediakan penjagaan untuk mereka.
Persoalannya, bagaimana anda perlu menjaga diri anda?
8 Tips Untuk Menjaga Diri Anda
Apabila anda menjaga orang lain anda sering mengetepikan keperluan anda sendiri. Tips berikut adalah peringatan bahawa kesihatan dan kesejahteraan diri anda juga sangat penting. Apabila tubuh badan dan kesejahteraan mental anda berada dalam keadaan sihat, ia akan membantu anda mengatasi tuntutan penjagaan dengan lebih baik.
Ikuti tips berikut agar anda terus bersemangat, kuat, dan sihat :
- Cuba kekalkan rutin yang biasa anda lakukan. Ini boleh membantu anda mengingati bahawa hidup anda juga sama pentingnya dengan keadaan orang yang anda sayangi.
- Bersama-sama dengan yang lain untuk menjaga mereka. Beritahu ahli keluarga dan rakan-rakan bahawa bantuan dan sokongan daripada mereka dialu-alukan.
- Berehatlah sebentar. Luangkan masa untuk melakukan sesuatu yang anda suka dan cuba untuk tidak berasa bersalah kerana meluangkan masa untuk diri sendiri.
- Makan dengan baik. Diet seimbang yang berkhasiat akan memberi anda tenaga yang diperlukan oleh badan anda untuk terus menjaga mereka.
- Tidur dengan cukup. Cuba untuk tidur 8 jam setiap malam.
- Bersenam. Lakukan apa sahaja aktiviti walaupun hanya berjalan kaki beberapa kali seminggu.
- Luangkan masa yang berkualiti bersama rakan dan keluarga.
- Fahami sejauh mana limitasi diri anda. Katakan “tidak” kepada permintaan atau acara yang membawa kepada jadual yang terlalu sibuk.
Jika anda bergelut dari segi emosi dengan rasa bersalah, takut, atau marah ketika menjaga seseorang yang mengalami gangguan kebimbangan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat konsultasi bersama dengan psikologis klinikal kami.