Gaya Keibubapaan Permisif : Mengapa Ia Tidak Baik Untuk Anda dan Anak Anda

pexels-cottonbro-6651865

Adakah anda membenarkan anak anda mengawal anda?
Adakah anda menyerah diri dan mengikut apa yang anak-anak anda mahukan?
Adakah anda memanjakan anak anda – mengalah kepada mereka – walaupun anda tahu ia tidak baik untuk mereka?

Umpamanya, anak itu seperti ‘raja’. Dalam ibu bapa memenuhi apa sahaja yang anak mahukan dan tidak kisah dengan apa sahaja yang mereka lakukan, anak pula terus menjadi raja hingga dewasa.

Dengan keibubapaan permisif, dinamik hubungan antara ibu bapa dan anak kelihatan seperti persahabatan berbanding semua gaya keibubapaan yang lain.

Ciri-Ciri Keibubapaan Permisif

Ciri-ciri utama keibubapaan permisif ialah :

  • Menerima apa sahaja.
  • Tidak meletakkan sebarang harapan masa depan pada anak.
  • Terlalu berlembut dengan anak.
  • Memanjakan anak secara berlebihan.
  • Tidak berkonfrontasi apabila perlu.

Walaupun ramai anak-anak menganggap jenis keibubapaan ini sebagai ideal dan mereka sukai, terdapat beberapa tingkah laku negatif yang dikaitkan dengan anak-anak yang membesar melalui gaya keibubapaan ini.

Kelemahan Gaya Keibubapaan Permisif

Meskipun gaya keibubapaan permisif mempunyai kelebihan, ia juga mempunyai kelemahan. Ibu bapa permisif biasanya tidak memantau atau mengawal selia anak-anak mereka.

Akibatnya, terdapat beberapa kesan negatif yang mungkin terjadi pada anak-anak mereka. Antaranya seperti berikut :

Prestasi akademik yang rendah.

Anak-anak mempunyai kurang disiplan diri kerana ibu bapa tidak memantau tabiat belajar mereka. Ibu bapa yang permisif juga tidak menuntut anak-anak mereka untuk menetapkan matlamat masa hadapan yang lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak ibu bapa yang permisif cenderung mempunyai pencapaian akademik yang lebih rendah.

Tingkah laku berisiko.

Tanpa batasan yang sewajarnya, anak-anak dibiarkan sendirian dan mungkin menghampiri situasi tertentu tanpa rasa takut atau gentar. Ia boleh meningkatkan peluang mereka untuk terlibat dalam tingkah laku berisiko seperti merokok, buli siber atau penagihan dadah.

Gangguan atau hambatan tingkah laku.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang permisif lebih terdedah kepada kebimbangan (anxiety) dan kemurungan (depression). Dalam banyak kes, kanak-kanak ini diajar untuk menyimpan masalah mereka sendiri, yang menyebabkan mereka terbiasa mengasingkan diri daripada orang lain.

Kurang kemampuan mengawal diri.

Regulasi emosi ataupun kemampuan mengawal emosi bukanlah sesuatu yang kita miliki sejak lahir. Ia adalah kemahiran yang perlu dipelajari. Oleh kerana anak-anak ibu bapa yang permisif dibiarkan mengawal aktiviti, tingkah laku dan emosi mereka sendiri sejak usia muda, mereka cenderung mengalami lebih banyak kesukaran dalam mengawal diri.

Pemberontakan.

Kanak-kanak yang dibenarkan untuk “rule themselves” percaya bahawa mereka boleh menerapkan jenis tingkah laku ini di luar rumah, yang membawa kepada sikap mencabar dan memberontak terhadap orang lain.

Akhir kata, manjakan anak, jangan sampai mereka menjadi ‘tuan’.

Amalkanlah gaya keibubapaan atau gaya asuhan yang boleh memberi impak kepada kesihatan mental, keyakinan diri, malah perkembanga

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp