Faktor Pelindung Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

Gambar Blogpost Faktor Pelindung Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

Protective factors atau faktor pelindung ialah perkara yang menyumbang kepada kesihatan mental, dan membolehkan seseorang itu berdaya tahan dalam menghadapi cabaran.

Seseorang yang mempunyai banyak faktor perlindungan—seperti sokongan sosial yang kuat dan kemahiran menangani masalah yang sihat akan lebih bersedia untuk mengatasi apa jua halangan hidup.

Faktor Pelindung

Berikut adalah beberapa faktor perlindungan yang membantu seseorang lebih bersedia menghadapi cabaran hidup :

Sokongan Sosial
• keupayaan untuk bekongsi tentang masalah anda
• meminta bantuan praktikal apabila memerlukan
• melibatkan perasaan cinta, keintiman atau persahabatan

Coping Skills
• keupayaan untuk menguruskan emosi negatif dengan cara yang sihat
• kesedaran tentang emosi sendiri, dan bagaimana mereka mempengaruhi tingkah laku

Kesihatan Fizikal
• senaman atau aktiviti fizikal yang mencukupi
• diet yang seimbang dan sihat
• mengambil ubat yang telah ditetapkan oleh doktor sekiranya perlu

Sense of Purpose
• penglibatan bermakna dalam kerja, pendidikan, atau
peranan lain (cth. keibubapaan)
• pemahaman tentang nilai peribadi, dan hidup selaras dengan nilai-nilai tersebut

Harga Diri
• kepercayaan bahawa diri anda mempunyai nilai
• penerimaan kelemahan dan kesilapan diri
• kepercayaan terhadap keupayaan untuk mengatasi cabaran

Pemikiran Sihat
• tidak memikirkan kesilapan, kelemahan, atau masalah secara berlebihan
• keupayaan untuk mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan diri secara rasional

Meskipun faktor perlindungan ini melibatkan pelbagai aspek, terdapat beberapa faktor perlindungan yang berada di luar kawalan anda. Contohnya, keluarga, keturunan, dan kejiranan tempat anda dibesarkan tidak boleh diubah.

Tetapi, banyak faktor boleh dikawal. Antaranya, anda boleh memilih bagaimana caranya untuk menghadapi sesuatu masalah, siapa yang berhak berada dalam hidup ada, dan bagaimana anda melalui hari-hari yang mendatang.

Dengan memberi tumpuan kepada perkara yang boleh anda kawal, dan membina faktor perlindungan tersebut, anda akan meningkatkan keupayaan menghadapi banyak cabaran hidup.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp