Peranan Muzik dalam Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Tahukah anda bahawa muzik boleh meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak?

Muzik bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membantu meningkatkan kemahiran komunikasi. Bagaimana? Kanak-kanak mudah tertarik kepada muzik dan irama sejak sebelum lahir kerana bunyi-bunyian ini sangat menarik perhatian mereka.

Muzik mampu menyampaikan emosi dan mesej. Merujuk kepada Shoreman (2022), dengan lagu dan alat muzik, anda boleh meluahkan perasaan dan menceritakan kisah-kisah menarik.  Hebat, bukan?

Muzik merangsang perkembangan bahasa melalui pendedahan pelbagai kosa kata, struktur ayat, dan sebutan yang terdapat dalam lirik lagu. Kanak-kanak belajar akan mengenali bunyi, perkataan dan intonasi. Muzik juga membantu menguatkan daya ingatan melalui pengulangan lirik yang sama dalam sebuah lagu.

Kelebihan Muzik dalam Perkembangan Kemahiran Bahasa Kanak-kanak

  • Peningkatan kosa kata – dapat mempelajari perkataan baru kerana lirik lagu memperkenalkan pelbagai perkataan dan frasa yang berulang-ulang.Kemahiran mendengar dan memahami yang lebih baik – Muzik mengajar kanak-kanak untuk fokus mendengar melodi dan lirik
  • Kemahiran mendengar dan memahami yang lebih baik : Muzik mengajar kanak-kanak untuk fokus mendengar melodi dan lirik
  • Kemampuan meniru bunyi dan sebutan dengan tepat : Kanak-kanak boleh meniru bunyi dan sebutan dalam lagu, yang membantu memperbaiki artikulasi mereka.
  • Memudahkan dan memupuk interaksi sosial : Muzik melibatkan aktiviti berkumpulan seperti menyanyi bersama, yang membantu kanak-kanak berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya.
  • Mahir menyusun perkataan untuk membentuk ayat : Melalui pendedahan kepada lirik lagu, kanak-kanak belajar susunan perkataan dengan betul dalam ayat.

Cara-Cara Mengintegrasi Muzik dalam Rutin Harian

  • Rutin Harian: Sertakan nyanyian dalam rutin harian, seperti semasa mandi, pakai baju,  atau makan. Sebagai contoh, lagu anggota badan ketika mandi.
  • Aktiviti Muzikal: melakukan gerakan motor kasar sambil mendengar muzik, seperti menepuk tangan atau menghentak kaki mengikut rentak lagu.
  • Penggunaan Alat Muzik: Ajak kanak-kanak bermain alat muzik mudah seperti dram, piano, dan marakas untuk merangsang koordinasi motor.
  • Nyanyi dan biarkan kanak-kanak menyambung lirik: Contohnya, nyanyikan “Tanggal 31…” dan biarkan mereka sambung lirik seterusnya “Bulan 8, ‘57” – Menunggu memberi anak anda peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan anda, sambil memupuk kemahiran sosial awal seperti menunggu giliran dan mengekalkan hubungan mata yang baik.

Jiwadamai juga boleh membantu anda dalam isu psikologi yang dihadapi daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke dewasa sama ada ia isu kesihatan mental mahupun isu perkembangan kanak-kanak secara holistik kerana ahli klinikal kami terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologis Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), dan juga ahli terapi pertuturan (speech therapist).

Jikalau tidak keberatan, anda boleh hubungi kami melalui talian 017 269 4852 (hotline isu dewasa) dan 011 5430 8949 (hotline isu kanak-kanak & remaja) dan lakukan janji temu bersama kami. Kami sedia membantu anda.

          [njwa_button id="9314"]

          Kongsikan artikel ini

          Facebook
          Twitter
          WhatsApp