7 Tips Didik Si Kecil Dengan Kaedah Play Based Learning di Rumah

building-tower-min

Ibu ayah biasa dengar tentang play based learning atau belajar sambil bermain?

Anda mungkin pernah mendengarnya semasa mencari tadika atau prasekolah yang sesuai untuk anak anda. Play based learning adalah istilah biasa dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.

Dalam artikel ini, kita akan melihat lebih lanjut tentang apa itu play based learning.

Apakah Play Based Learning ?

Play based learning atau pembelajaran berasaskan bermain ialah konteks pembelajaran di mana kanak-kanak boleh meneroka, mencuba, menemui dan menyelesaikan masalah dengan cara yang imaginatif semasa mereka bermain.

Kaedah pembelajaran ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk terlibat secara aktif dengan orang lain, objek dan persekitaran mereka.

Bukan sahaja diterapkan di tadika atau prasekolah, anda juga boleh mencuba kaedah pembelajaran berasaskan bermain ini di rumah. Berbanding menggunakan kaedah ‘paper and pencil’ dan hanya duduk di meja semasa mengajar anak anda mempelajari sesuatu yang baharu, kaedah ini lebih menarik dan menyeronokkan buat anak-anak anda.

Perlu ditegaskan, play based learning ini bukan sekadar kanak-kanak bermain dan melakukan apa sahaja yang mereka suka sepanjang hari. Tetapi, ia perlu dirancang dengan teliti supaya memenuhi matlamat pembelajaran yang ingin dicapai.

Sebagai contoh, semasa anak anda bermain dengan blok LEGO, anda boleh mengemukakan soalan yang menggalakkan penyelesaian masalah, ramalan dan hipotesis. Anda juga boleh membawa kesedaran anak anda terhadap konsep matematik, sains, dan literasi.

Contoh soalan yang anda boleh tanyakan kepada anak anda adalah seperti berikut :

  • Yang ini blok warna apa?
  • Berapa banyak blok yang adik perlu untuk bina rumah?
  • Boleh ke adik tiup rumah?
  • Siapa yang bekerja bina rumah?

Melalui permainan seperti ini, anak anda dapat mengembangkan kemahiran sosial dan kognitif, matang dari segi emosi, dan memperoleh keyakinan diri yang diperlukan untuk melibatkan diri dalam pengalaman dan persekitaran baharu.

Manfaat Play Based Learning Untuk Kanak-Kanak

Pembelajaran berasaskan bermain membantu kanak-kanak :

  • mengembangkan kemahiran kognitif
  • mempelajari maklumat baharu
  • memperoleh dan mengamalkan kemahiran sosial
  • membangunkan kemahiran komunikasi yang berkesan
  • mempelajari kemahiran mengawal diri
  • membangunkan keupayaan untuk menyelesaikan konflik
  • mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah
  • memahami cara bekerjasama dengan orang lain
  • belajar tentang diri mereka dan persekitaran mereka
  • meneroka peranan, minat, kemahiran dan perhubungan

Satu lagi manfaat penting kaedah pembelajaran berasaskan bermain ialah pertumbuhan menakjubkan dalam bahasa lisan yang anda akan lihat.

7 Tips Didik Anak Dengan Kaedah Play Based Learning Di Rumah

  1. Wujudkan sudut play based learning
    Sebagai langkah pertama untuk menambah masuk play based learning dalam rutin harian anak anda, sediakan satu sudut khas yang mempunyai pelbagai bahan permainan seperti buku, pasir, blok LEGO, anak patung haiwan, puzzle, dan sebagainya. Tukar bahan permainan ini dengan kerap supaya anak anda tidak menjadi bosan dengan aktiviti yang sama.

  1. Berikan objek sebenar untuk digunakan
    Ramai kanak-kanak menggemari aktiviti yang memberi peluang untuk mempelajari perkara baharu sambil mereka bermain olok-olok. Sebagai contoh, anda boleh mengambil sudu kayu biasa dan minta anak anda berlakon menggunakan ia sebagai tongkat ajaib. Ini adalah cara terbaik untuk menggalakkan imaginasi anak anda.

  1. Main pelbagai permainan
    Gunakan permainan untuk berlatih dan menyemak konsep. Antara aktiviti yang anak anda mungkin suka :
  • Permainan mencari harta karun
  • Permainan jenis Hide-and-Seek
  • Menyelesaikan puzzle bersama-sama

  1. Gunakan barang mainan
    Terdapat pelbagai jenis mainan pembelajaran (educational toys) di pasaran yang menyediakan peluang pendidikan untuk kanak-kanak. Lawati kedai mainan yang berdekatan dengan rumah anda dan pilih permainan pendidikan, puzzle dan kad pembelajaran yang menawarkan aktiviti yang berkaitan dengan konsep sains, matematik dan bahasa. Berikan peluang kepada anak anda memilih mainan pembelajaran yang kelihatan paling menarik untuknya.

  1. Lakukan aktiviti pembelajaran di luar rumah
    Terdapat banyak pembelajaran yang boleh anak anda lakukan di luar, antaranya :
  • Berlatih menulis perkataan di atas lumpur, tanah atau pasir.
  • Mengumpul biji benih, bunga, atau rumput kemudian menyusun, mengukur dan sebagainya.
  • Mencari harta karun di taman permainan.
  • Melukis pemandangan dan mewarna.

  1. Lakonkan
    Daripada meminta anak anda menceritakan semula sesuatu kisah, minta dia untuk lakonkan! Anda juga boleh turut serta berlakon. Kanak-kanak sangat suka apabila dipilih untuk menjadi pelakon dan mereka akan terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Galakkan mereka menjadi kreatif dengan mereka bentuk prop dan pakaian mereka sendiri.

  1. Bermain bersama dengan anak
    Apabila anak anda bermain, jangan malu untuk sertai. Bermain bersama anak anda boleh membina ikatan yang lebih erat selain dapat berkongsi pembelajaran dan keseronokan. Selain itu, anda juga mempunyai kebolehan untuk merangsang pembelajaran anak anda dan membantu mereka untuk berkembang.

Mencari aktiviti pembelajaran yang menarik minat anak anda akan membantu anda menggalakkan peluang pembelajaran setiap hari tanpa perlu memaksa mereka. Ia penting untuk pembelajaran menjadi menarik dan menyeronokkan, dan peluang untuk belajar boleh dijalin ke dalam semua jenis permainan.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp