Tingkah Laku Berulang dan Rutin: Mengapa Sesetengah Kanak-Kanak Suka Melakukan Perkara yang Sama Setiap Hari?

Ibu bapa pernah tak terfikir, kenapa ada sesetengah kanak-kanak sering melakukan benda yang sama setiap hari? Mungkin ada yang suka tengok kartun yang sama, makan makanan yang sama, atau bermain permainan yang sama berulang kali. Perkara ini dikenali sebagai tingkah laku berulang. Mari kita cuba fahami lebih lanjut!

Tingkah laku berulang ialah apabila seseorang individu melakukan sesuatu perkara yang sama secara berulang kali. Contoh-contoh tingkah laku berulang adalah melakukan pergerakan motor dan objek yang berulang, keasyikan berterusan terhadap sesuatu topik, objek, atau aktiviti, dan kesukaran untuk mengubah sesuatu rutin dan ritual. Kanak-kanak dengan autisme, misalnya, mungkin mempunyai tingkah laku ini kerana mereka rasa lebih selesa dengan rutin yang sama.

Simptom Tingkah Laku Berulang

Bagaimana kita boleh tahu jika seseorang mempunyai tingkah laku berulang? Antara simptomnya ialah:

  • Suka mengulangi aktiviti yang sama, seperti menonton video yang sama berkali-kali.
  • Suka menyusun barang dalam urutan yang sama, contohnya menyusun mainan mengikut warna atau saiz.
  • Marah atau kecewa jika sesuatu rutin harian mereka terganggu.
  • Menggerakkan badan, tangan, atau kaki dengan cara yang sama secara berulang kali.

Punca Tingkah Laku Berulang

Mengapa sesetengah kanak-kanak mempunyai tingkah laku berulang ini? 

Ada beberapa sebab:

  • Untuk rangsangan deria
  • Untuk menenangkan individu ketika menghadapi tekanan sosial dan lain-lain.
  • Kanak-kanak autistik melakukan pengulangan tingkah laku untuk merasa lebih selamat dan tenang ketika mengenali dan memahami dunia sekeliling.

Langkah Mengawal/Mengatasinya

Tingkah laku berulang tak semestinya perlu diubah sepenuhnya. Tetapi, ada cara yang boleh membantu sekiranya ia mengganggu rutin harian:

  • Rutin yang terancang: Memiliki jadual harian memastikan individu dapat merancang rutin harian mereka dan kekal fokus terhadap perkara mendatang
  • Terapi tingkah laku: Terapi ini boleh membantu individu belajar cara untuk menjadi lebih fleksibel dan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
  • Latihan pernafasan dan relaksasi: Teknik ini membantu mereka berasa tenang apabila berasa cemas ketika rutin harian terganggu.

Kesimpulan

Tingkah laku berulang adalah sebahagian daripada cara sesetengah kanak-kanak belajar untuk memahami dunia. Ia bukanlah sesuatu yang buruk, tetapi penting untuk kita belajar menerima dan memahami individu lainyang mempunyai cara berfikir dan bertindak yang berbeza. Semua orang istimewa dengan cara masing-masing!

Jiwadamai juga boleh membantu anda dalam isu psikologi yang dihadapi daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke dewasa sama ada ia isu kesihatan mental mahupun isu perkembangan kanak-kanak secara holistik kerana ahli klinikal kami terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologis Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), dan juga ahli terapi pertuturan (speech therapist).

Jikalau tidak keberatan, anda boleh hubungi kami melalui talian 017 269 4852 (hotline isu dewasa) dan 011 5430 8949 (hotline isu kanak-kanak & remaja) dan lakukan janji temu bersama kami. Kami sedia membantu anda.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp