Anak anda terlalu jarang bercakap dan suka bersendirian? Adakah ini tanda si kecil anda
mengalami gangguan spektrum autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD)?
Pada usia bayi 12 hingga 24 bulan ini, anak anak anda seharusnya sudah berjaya mencapai beberapa peringkat perkembangan otak seperti bermain dan bercakap. Jika tidak, anak anda mungkin tergolong dalam golongan kanak-kanak Autisme. Setiap anak Autisme memiliki corak tingkah laku yang tersendiri dan pada usia bayi 12 hingga 24 bulan, terdapat ciri ciri Autisme khas yang ibu bapa perlu beri perihatian lebih. Pada peringkat tumbesaran si kecil ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti pencapaian tumbesaran anak anda. Mengenal pasti ciri-ciri Autisme merupakan langkah pertama dalam mendapatkan serta menentukan rawatan terapi awal bagi si kecil anda.
Simptom tingkah laku ASD semakin nampak jelas semasa peringkat awal kanak-kanak (early childhood). Kebiasaannya, simptom-simptom ini dapat dilihat pada usia kanak kanak 12 hingga 24 bulan, tetapi boleh juga dilihat lebih awal dari usia 12 bulan sekiranya kelewatan perkembangan (developmental delays) kanak-kanak tersebut ialah teruk, ataupun lebih dari 24 bulan sekiranya simptom lebih ringan. Simptom-simptom ini akan dilihat sekali dengan kelewatan perkembangan anak anda pada peringkat awal (early developmental delays), dan kehilangan kamahiran bersosial atau kemahiran bahasa (losses of social or language skills).
Apa itu Autisme?
Mengikut Early Autism Project (EAP) Malaysia (2023), Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah masalah melibatkan perkembangan saraf yang mempengaruhi 2 komponen utama iaitu kemampuan seorang kanak-kanak di dalam interaksi sosial dan cara berkomunikasi, dan corak tingkah laku, minat atau kecenderungan seseorang kanak-kanak itu melakukan aktiviti yang sama berulangkali.
Mengikut statistik yang di petik daripada artikel Bernama pada 2022, sehingga 30 Jun 2022, seramai 36,601 individu di Malaysia disahkan mempunyai Autisme dan daripada angka itu, seramai 24,748 individu terdiri daripada golongan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.
Oleh itu, bagaimana cara untuk ibu bapa kenal pasti ciri-ciri Autisme pada anak mereka?
Baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui jawapannya.
Apakah tanda-tanda awal Autisme?
Tempoh masa serta jenis simptom awal bagi Autisme mungkin berlainan antara individu. Sesetengah kanak-kanak dengan ciri Autisme kadangkala menunjukkan masalah dalam tempoh masa beberapa bulan pertama si kecil. Manakala, bagi individu lain, simptom Autisme mungkin kurang jelas menonjol sehingga si kecil berusia 24 bulan atau lebih.
Sementara itu, ada kanak-kanak dengan ciri Autisme akan menunjukkan perkembangan tumbesaran positif seperti kanak-kanak normal yang lain sehingga usia mereka sekitar 18 hingga 24 bulan dan kemudian berhenti menunjukkan atau mencapai tahap perkembangan tumbesaran yang positif. Ada juga kanak-kanak dengan ciri Autisme ini mula kehilangan kemahiran mereka yang sedia ada.
Tanda-tanda awal Autisme pada usia 2 tahun atau 3 tahun yang mampu dikesan pada masalah perkembangan tumbesar bayi dan kanak-kanak adalah seperti yang dibawah:
- Cenderung untuk diam
- Tidak memandang atau kurang memandang orang
- Tiada senyuman sosial atau menunjukkan ekspresi mesra kepada orang lain
- Tiada perkongsian suara, senyuman atau komunikasi tanpa lisan yang lain
- Tiada respon apabila nama dipangil
- Tidak berceloteh seperti bayi lain
- Tiada penggunaan isyarat untuk berkomunikasi (contohnya; menunjuk, mencapai, melambai)
- Tiada perkataan yang diucapkan
- Tiada frasa dua perkataan yang bermakna
- Sebarang kehilangan kemahiran bercakap, berceloteh atau kemahiran sosial yang sebelumnya ada.
Apabila kanak-kanak meningkat usia, tanda Autisme pada usia mereka 3 tahun akan menjadi lebih bervariasi. Pelbagai ciri-ciri serta simptom Autisme, tetapi kebiasaannya ia akan melibatkan masalah isyarat badan, masalah bahasa dan pertuturan, masalah kemahiran sosial, serta kelakuan yang tidak fleksibel.
Tahap bagi Autism Spectrum Disorder (ASD)
Terdapat 3 tahap bagi Autism Spectrum Disorder menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5).
Tahap 1: Memerlukan sokongan
Autisme tahap 1 ini dikenali sebagai Autisme yang berfungsi tinggi ataupun mild autism. Ini merupakan klasifikasi yang paling ringan serta gejalanya boleh dibendung dengan beberapa sesi terapi.
- Komponen komunikasi dan interaksi sosial:
Kanak-kanak di tahap 1 ini acap kali mempunyai permasalahan dalam berkomunikasi sosial. Misalnya, mereka mempunyai masalah melibatkan diri dalam berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa sokongan, ia boleh menyebabkan defisit dalam komunikasi sosial menyebabkan kemerosotan yang ketara.
Selain itu, tanpa sokongan, kanak-kanak Autisme juga mengalami kesukaran memulakan interaksi sosial, dan contoh yang jelas tentang tindak balas atipikal atau tidak berjaya terhadap tawaran sosial orang lain. Mungkin kelihatan telah mengurangkan minat dalam interaksi sosial. Sebagai contoh, seseorang Autisme yang boleh bercakap dalam ayat penuh dan terlibat dalam komunikasi tetapi perbualannya ke sana ke mari dengan orang lain gagal, dan percubaannya untuk berkawan adalah ganjil dan biasanya tidak berjaya.
Oleh itu, mereka mungkin mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan sebaya sekiranya tidak mendapat sokongan dan dorongan untuk mereka membina hubungan dan berinteraksi sebetulnya dengan orang lain.
- Komponen tingkah laku, minat atau aktiviti terhad dan berulang kali:
Ketidakfleksibelan tingkah laku menyebabkan gangguan yang ketara dengan berfungsi dalam satu atau lebih konteks. Kesukaran bertukar antara aktiviti. Masalah organisasi dan perancangan menghalang kebebasan.
Tahap 2: Memerlukan sokongan yang substantial
Autisme tahap 2 pula memerlukan sokongan yang lebih berbanding mereka yang menghidapi Autisme tahap 1.
- Komponen komunikasi sosial:
Kanak-kanak Autisme pada tahap 2 ini mempunyai defisit yang ketara dalam kemahiran komunikasi sosial lisan dan bukan lisan; kemerosotan sosial jelas walaupun dengan sokongan; permulaan terhad interaksi sosial; dan tindak balas yang berkurangan atau tidak normal terhadap tawaran sosial daripada orang lain. Sebagai contoh, seseorang Autisme akan bertutur menggunakan ayat yang mudah, interaksinya terhad kepada minat khusus, dan yang mempunyai komunikasi bukan lisan yang ganjil.
- Komponen tingkah laku berulangkali:
Ketidakfleksibelan tingkah laku, kesukaran menghadapi perubahan, atau tingkah laku terhad/berulang yang lain kelihatan cukup kerap untuk jelas kepada pemerhati biasa dan mengganggu berfungsi dalam pelbagai konteks. Kesusahan dan/atau kesukaran menukar fokus atau, tindakan.
Tahap 3: Memerlukan sokongan yang sangat substantial
Tidak seperti Autisme tahap 1 dan 2, kanak-kanak Autisme pada tahap 3 ini jauh lebih serius dan memerlukan sokongan yang sangat lebih.
- Komponen komikasi sosial:
Kanak-kanak Autisme di tahap 3 ini mengalami defisit yang teruk dalam kemahiran komunikasi sosial lisan dan bukan lisan. Hal ini, menyebabkan kemerosotan teruk dalam fungsi, permulaan interaksi sosial yang sangat terhad, dan tindak balas yang minimum terhadap tawaran sosial daripada orang lain. Sebagai contoh, seseorang Autisme mempunyai beberapa perkataan pertuturan yang boleh difahami serta jarang memulakan interaksi dan, apabila dia melakukannya, membuat pendekatan luar biasa untuk memenuhi keperluan sahaja dan hanya bertindak balas kepada pendekatan sosial yang sangat langsung.
- Komponen tinglahlaku yang berulangkali:
Kanak-kanak Autisme di tahap ini mengalami ketidakfleksibelan tingkah laku, kesukaran melampau menghadapi perubahan, atau tingkah laku terhad/berulang lain yang nyata mengganggu fungsi dalam semua bidang. Kesusahan/kesukaran mengubah fokus atau tindakan yang besar.
Adakah Autisme boleh sembuh?
Autisme atau ASD tidak boleh sembuh kerana ia adalah salah satu masalah gangguan neurodevelopmental (neurodevelopmental disorder) di mana perkembangan otak kanak-kanak ASD berlainan daripada kanak-kanak tipikal atau normal yang lain. Simptom ASD dari dua komponen utama iaitu kemampuan berinteraksi sosial dan cara berkomunikasi, dan corak tingkah laku, minat atau aktiviti terhad dan berulang kali dapat dilihat dari awal fasa perkembangan (early developmental period) serta boleh dikawal melalui rawatan terapi.
Oleh yang demikian, kanak-kanak Autisme ini memerlukan rawatan terapi yang bersesuaian dengan tahap perkembangan tumbesaran mereka. Misalnya, rawatan terapi pertuturan jika mereka mempunyai masalah untuk bertutur. Misi utama rawatan terapi ini adalah bertujuan untuk mencapai potensi serta mempertingkatkan kualiti hidup mereka.
Jiwadamai juga boleh membantu anda dalam isu psikologi yang dihadapi daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke dewasa sama ada ia isu kesihatan mental mahupun isu perkembangan kanak-kanak secara holistik kerana ahli klinikal kami terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologis Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), dan juga ahli terapi pertuturan (speech therapist).
Jikalau tidak keberatan, anda boleh hubungi kami melalui talian 017 269 4852 (hotline isu dewasa) dan 011 5430 8949 (hotline isu kanak-kanak & remaja) dan lakukan janji temu bersama kami. Kami sedia membantu anda.