Kemurungan Kanak-kanak: Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

The teddy bear looks sad and disappointed in the corner of the room with soft sunlight passing through. Dolls with depression or mental illness. Childhood illness or sickness concept

Selain daripada golongan dewasa, golongan kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mengalami pasang surut emosi. Bagi sesetengah kanak-kanak, rasa “moody” untuk satu tempoh yang lama boleh menjadi tanda kemurungan.

Kemurungan adalah penyakit mental yang memberi kesan kepada semua peringkat umur.

Walaupun berkongsi simptom yang sama seperti golongan dewasa, kemurungan pada kanak-kanak sering tidak disedari dan tidak dirawat. Kanak-kanak yang tertekan mungkin disalahertikan sebagai pemalu, sukar dikawal atau mempunyai isu salah laku.

Apakah Kemurungan?

Kemurungan (depression) adalah gangguan mood yang boleh menyebabkan seseorang berasa sedih, mudah marah atau putus asa. Ia mungkin menjejaskan tidur, selera makan atau hubungan anda dengan orang lain.

Kemurungan juga boleh menyebabkan anda hilang minat terhadap hobi atau aktiviti yang pernah anda gemari. Dalam kes yang teruk, kemurungan boleh membawa kepada pemikiran untuk membunuh diri.

Kebiasaannya, kemurungan didiagnosis jika gejala bertahan selama dua minggu atau lebih lama. Penilaian boleh dilakukan oleh psikologis klinikal atau ahli profesional kesihatan mental lain. Walaupun kemurungan adalah keadaan perubatan yang serius, ia biasanya boleh dirawat.

Bagaimanakah anda boleh mengetahui jika anak anda mengalami kemurungan?

Tanda-tanda Kemurungan pada Kanak-kanak

Ibu bapa harus melihat tanda-tanda kemurungan berikut pada kanak-kanak :

  • Sedih atau mudah marah pada kebanyakan masa.

Suka berkepit (clingy), agresif, sering menangis, sukar dipujuk

  • Hilang minat terhadap rakan dan aktiviti.

Tidak berminat untuk bersosial, bermain, dan melakukan aktiviti-aktiviti lain

  • Kesukaran bersekolah.

Daya tumpuan yang lemah, isu tingkah laku, menarik diri daripada situasi sosial, penurunan gred akademik

  • Masalah tidur dan makan.

Kesukaran untuk tidur, ingin tidur sepanjang masa, keletihan, perubahan selera makan

  • Pemikiran negatif.

Harga diri yang rendah, rasa bersalah yang berlebihan, bimbang, berfikir tentang penat hidup atau tidak mahu hidup

Apakah yang Menyebabkan Kemurungan pada Kanak-kanak?

Kemurungan pada kanak-kanak boleh mempunyai banyak punca, termasuk :

  • Berlaku bersama dengan kebimbangan (anxiety), ADHD, dan gangguan tingkah laku.
  • Persekitaran.
  • Sejarah keluarga (orang lain dalam keluarga mengalami kemurungan).
  • Penyakit fizikal.
  • Peristiwa kehidupan yang menekan (penceraian ibu bapa, kematian ahli keluarga, kelahiran adik baru, mangsa buli, perpindahan, dll.)

Bagaimanakah Kemurungan pada Kanak-kanak Dirawat?

Pilihan rawatan untuk kanak-kanak yang mengalami kemurungan adalah seperti orang dewasa. Psikologis atau ahli profesional kesihatan mental anak anda mungkin mengesyorkan:

  • Terapi

Terapi bermain (Play Therapy), terapi kognitif tingkah laku (CBT), dan terapi keluarga (Family Therapy) boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak menguruskan kemurungan. Kanak-kanak belajar kemahiran mengatasi kemurungan dan kemahiran berkomunikasi serta pengurusan emosi.

  • Sokongan Penjaga

Penjaga menyokong kanak-kanak dengan membawa mereka menjalani terapi, bekerjasama dengan ahli terapi, dan melaksanakan cadangan rawatan yang diberikan semasa di rumah. Lebih awal rawatan bermula, lebih baik hasilnya.

  • Ubat

Dalam beberapa kes kemurungan teruk, ubat diambil bersama-sama dengan terapi. Ubat boleh ditetapkan oleh doktor atau pakar psikiatri.

Hubungi Kami

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda kemurungan, jalani konsultasi bersama psikologis klinikal kami. Rawatan yang betul boleh memastikan anak anda terus membesar dan berkembang maju sepanjang perkembangan mereka.

Selain bantuan perubatan, anda boleh menyokong anak anda dengan memastikan mereka mempunyai persekitaran yang sihat di rumah, di sekolah dan dalam komuniti. Sentiasa beritahu anak anda bahawa mereka boleh berkomunikasi secara terbuka dan jujur ​​tentang perasaan mereka.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp