Teori Motivasi : Drive-Reduction Theory

Gambar Blogpost Teori Motivasi : Drive-Reduction Theory

Drive-reduction theory telah diasaskan oleh seorang ahli behaviourisme, Clark Hull pada tahun 1943. Pada masa itu, teori beliau menjadi popular sekitar tahun 1940-an dan 1950-an sebagai pedekatan baru bagi motivasi yang menerangkan bahawa tingkah laku muncul daripada sesuatu keperluan.

Walaupun teori Hull pernah menjadi teori yang utama dalam psikologi, kini sebahagian besar teori ini tidak lagi digunapakai dengan kemunculan dan perkembangan teori-teori yang lebih baru.

Meskipun tidak diterima secara meluas lagi, teori ini masih berguna untuk memahami bagaimana penyelidik terdahulu berusaha untuk menjelaskan motivasi manusia.

Drive-Reduction Theory

Teori ini menjelaskan bahawa motivasi utama di sebalik semua tingkah laku manusia ada untuk mengurangkan drive. Hull menggunakna istilah drive untuk merujuk kepada keadaan ketegangan (tension) atau ketidakselesaan yang dicetuskan oleh keperluan fisiologi atau biologi seseorang seperti lapar dan dahaga.

Menurut teori, apabila desakan (drive) seseorang muncul, mereka akan berada dalam keadaan ketegangan yang tidak menyenangkan dan akan melakukan sesuatu sehingga ketegangan ini berkurangan. Untuk mengurangan ketidakselesaan yang dirasai, seseorang akan mula mencari cara untuk memenuhi keperluan biologinya. Di sinilah timbul motivasi.

Sebagai contoh, apabila kita sejuk, kita akan memakai sweater untuk mengekalkan kehangatan suhu badan kita. Ataupun kita akan makan apabila kita lapar untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kelaparan dalam badan kita.

Bukan itu sahaja, teori ini juga menekankan peranan yang dimainkan oleh tabiat dalam jenis tindak balas tingkah laku yang kita lakukan. Sebaik sahaja seseorang terlibat dalam tingkah laku yang berjaya mengurangkan sesuatu desakan (drive), mereka lebih cenderung untuk menjadikannya sebagai tabiat apabila berhadapan dengan desakan yang sama pada masa hadapan.

Bagaimanakah teori ini menerangkan tingkah laku manusia?

Drive-reduction theory mencadangkan bahawa tingkah laku manusia terhasil daripada keinginan untuk mengurangkan desakan (drive) yang kita miliki. Terdapat dua jenis desakan :

  • Primary drive (desakan asas): Keperluan biologi semula jadi seperti lapar atau dahaga.
  • Secondary drive (desakan terbitan) : Biasanya tidak diperlukan untuk kelangsungan hidup dan sering dikaitkan dengan faktor sosial atau identiti seperti keinginan untuk mendapatkan wang, yang boleh digunakan untuk membeli makanan dan keperluan asas lain.

Untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh primary drive seperti dahaga, seseorang boleh pergi ke kedai, membeli minuman dan kemudian meminumnya.

Selepas keperluan biologi ini dipenuhi, tubuh badan akan mencapai homoestasis– keadaan yang seimbang, dan desakan (drive) untuk memenuhi keperluan biologi seseorang akan berkurangan.

Konklusinya, semua orang mempunyai motivasi yang berbeza, dan setiap orang juga mempunyai desakan dan keperluan yang berbeza.

Contohnya sebagai seorang pelajar, saya ingin mendapat gred A bagi kesemua subjek. Untuk memotivasikan diri, saya akan meletakkan matlamat ini bermula dari awal tahun. Desakan ingin mendapatkan gred yang baik memerlukan saya untuk memberi perhatian di dalam kelas dan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp