"Big Five Inventory" adalah ujian yang boleh digunakan untuk mengukur ciri personaliti terpenting seseorang dan peranan yang paling sesuai untuk individu tersebut.
Nilai kesahihan memperlihatkan bahawa nilai korelasi r antara BFI-10 dan NEO-PI-R melebihi .30.
Korelasi min keseluruhan antara dimensi BFI-10 dan dimensi BFI-44 adalah r=.83 (Rammstedt & John, 2007) yang bermaksud item BFI-10 meramalkan hampir 70% varians BFI-44 penimbang.
Rammstedt, Goldberg dan Borg (2010) melaporkan pengukuran "Big Five Inventory" versi pendek yang dilihat digunakan ke atas pelbagai sampel sama ada pelajar atau populasi awam.
BFI-10 boleh ditadbirkan kepada individu berumur 15 tahun dan ke atas.
Semakin tinggi skor, semakin hampir karakteristik individu tersebut berbanding secara relatif dengan skor yang rendah.
Keletihan apabila banyak bersosial, lebih banyak berfikir sebelum bercakap, tidak suka menjadi tumpuan, lebih suka beraktiviti/bekerja sendiri atau dalam kumpulan yang kecil, kurang gemar bergaul.
Mendapat tenaga apabila bersosial, lebih kurang berfikir sebelum bercakap, suka untuk menjadi tumpuan, lebih suka beraktiviti/bekerja dalam kumpulan yang besar, lebih gemar bergaul.
Kurang berminat dengan hal orang lain, kurang gemar membantu orang lain, sukar untuk berpuas hati (cerewet), kuat pendirian, kurang perasaan simpati & empati.
Lebih berminat dengan hal orang lain, suka menolong, mudah untuk berpuas hati, mudah menerima pendapat orang lain, tinggi perasaan simpati & empati.
Kurang kecekapan, tidak teratur, sering berlaku kecuaian, suka bertangguh, tidak berdisiplin.
Kecekapan yang tinggi, sangat teratur, lebih teliti, tidak suka bertangguh, lebih berdisiplin.
Kurang berasa risau, tenang, emosi stabil, keyakinan diri yang tinggi, menangani tekanan dengan baik.
Risau tentang pelbagai perkara, lebih sensitif, lebih beremosi, kurang keyakinan diri, sukar menangani tekanan.
Tidak suka akan perubahan, menentang idea baru, kurang kreativiti dan berimaginasi, gemar mengikut rutin, mudah untuk diramal.
Suka teroka sesuatu yang baru, terbuka dengan idea baru, sangat kreatif dan imaginatif, tidak mempunyai rutin, sukar untuk diramal.
Untuk makluman tambahan, jika anda meletakkan jawapan "Tidak pasti" pada 3 soalan atau lebih, bermaksud anda tidak pasti akan karakteristik/ciri personaliti anda sendiri. Anda disarankan untuk melakukan ujian ini sekali lagi.atau anda juga boleh berjumpa dengan mana-mana ahli kaunselor berdekatan dengan anda untuk penilaian personaliti dengan lebih lanjut.