Autisme; Stimming bolehkah dikawal?

Gambar Blogpost Autisme; Stimming Bolehkah Dikawal?

Overview :

People always ask, can we stop stimming? It is better to control the stimming rather to stop the stimming and actually, it does not necessarily need to be controlled unless it is causing problems. It is important not to discourage all the stimming behaviour because it can take away their coping mechanism. But if they do harm, here are some ways to help.

Sebenarnya tidak mudah untuk mengetahui apa sebab sebenar stimming berlaku. Ia merupakan kemahiran daya tindak (coping mechanism) untuk pelbagai sebab.

Sebagai contoh, seseorang mungkin melakukan stimming atas sebab;

  • Untuk meransang deria atau untuk mengurangkan ransangan deria yang berlebihan
  • Adaptasi kepada persekitaran yang janggal bagi mereka
  • Untuk mengurangkan keresahan / anzieti dan mewujudkan rasa tenang dalam diri
  • Cara mereka memanifestasikan perasaan kecewa
  • Untuk mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti 

Ada juga keadaan di mana stimming menyebabkan kanak-kanak itu mendapat perhatian, lalu tidaklah mustahil untuk stimming itu berulang lagi atas sebab yang sama. Dalam sesetengah kondisi yang lain, stimming berlaku sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan.

Dalam kebanyakan keadaan, stimming adalah satu bentuk mekanisme menenangkan diri mereka dan tidak perlu dihalang melainkan jika perbuatan stimming tersebut membahayakan diri atau menimbulkan masalah lain.

Apa contoh situasi yang boleh menimbulkan masalah?

Rawatan dan tindakan lanjut diperlukan sekiranya situasi di bawah berlaku;

  • Perbuatan tersebut menyebabkan dirinya disisihkan
  • Perbuatan tersebut mendatangkan kerosakan di sekolah
  • Perbuatan tersebut mengganggunya untuk belajar
  • Perbuatan tersebut mendatangkan masalah kepada ahli keluarga yang lain
  • Perbuatan tersebut adalah berbahaya

Jika anda atau anak anda dalam bahaya disebabkan oleh kelakuan stimming, sila segera untuk berjumpa dengan doktor.

Selain situasi di atas, adalah lebih baik jika kita cuba untuk mengawal stimming ini. Mengawal tidak sama dengan menghalang. Itu konsep yang perlu difahami.

Bagaimana untuk mengawalnya?

Sebenarnya, mengawal stimming adalah lebih mudah sekiranya anda mengetahui apa sebab sebenar di sebalik berlakunya stimming tersebut.

Mereka sebenarnya cuba untuk berkomunikasi tetapi oleh kerana keterbatasan komunikasi verbal mereka, stimming menjadi salah satu cara untuk mengekspresikan kemahuan dan kehendak mereka. Oleh itu, ianya adalah sangat penting untuk kita cuba fahami apa yang sebenarnya cuba diperkatakan oleh mereka.

Anda perlu meneliti situasi yang berlaku untuk memahami anak-anak ini dengan lebih mendalam.

\”Apa yang berlaku sebelum kejadian stimming tersebut? Apa yang sebenarnya menjadi penyebab (triggering factor) kepada kelakuan ini?\”

Dalam setiap perkara yang anda lakukan, anda perlu ingat;

  • Rancang perjalanan anda dan buat apa-apa perkara yang boleh membantu untuk mengurangkan atau mengelakkan punca stimming tersebut berulang
  • Cuba untuk sediakan satu situasi yang kondusif dan tenang bagi mereka
  • Cuba untuk mengikut rutin sedia ada untuk tugasan harian; rutin sebenarnya sangat membantu kanak-kanak ini. Dunia ini boleh menjadi sangat mencabar dan menakutkan buat mereka. Dengan melalui rutin yang sama, mereka boleh mengagak apa yang bakal berlaku dan hal ini membantu mereka mengurangkan perasaan cemas dan takut
  • Elakkan memberi hukuman apabila mereka stimming. Ianya tidak digalakkan kerana apabila anda menghukum mereka tanpa mengetahui puncanya sebenar, ia mungkin akan menyebabkan mereka melakukan stimming yang lain yang mungkin lebih sukar untuk dikawal.
  • Ajarkan tingkahlaku alternatif yang membantu untuk mencapai tujuan yang sama stimming itu dilakukan. Contohnya, aktiviti menepuk tangan boleh digantikan dengan aktiviti memerah atau meramas bola atau apa-apa aktiviti yang membantu motor halus.

Kita boleh mengajar kanak-kanak untuk melepaskan rasa ketidakselesaannya dengan memberi alternatif yang lain seperti meramas bola getah.

Perbincangan boleh dibuat dengan mereka yang pakar tentang :

  • Bagaimana untuk melakukan intervensi kepada sebarang aktiviti yang berbahaya
  • Tahu bila untuk tidak respons kepada kelakuan anak-anak
  • Memberi nasihat kepada ahli keluarga tentang cara mereka boleh membantu
  • Bagaimana untuk mencipta suasana/persekitaran yang selamat
  • Aktiviti alternatif yang boleh dilakukan

Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengawal atau mengelakkan stimming 

Terdapat beberapa strategi yang dicadangkan oleh pakar untuk mengurangkan tekanan dan juga meningkatkan daya tahan mereka;

  • Dorongan visual:  menggunakan gambar untuk membantu kanak-kanak menjangkakan perkara yang bakal berlaku. Contohnya, gambar tempat baru, jadual perjalanan atau cerita sosial (social stories).
  • Dorongan fizikal: sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak itu bakal melawati lokasi baru seperti hospital untuk pembedahan, bawa mereka berjalan berkenalan di sana terlebih dahulu sebelum hari kejadiaan sebenar supaya mereka dapat menyesuaikan diri terlebih dahulu.
  • Membuat plan ‘back-up’: harus waspada dan beringat bahawa kadang-kadang perkara tidak akan berjalan seperti yang dirancang, sebab itu perlunya back-up plan. Maka, ibu bapa perlu sentiasa bersedia dengan aktiviti yang boleh ‘menyibukkan’ atau mengalihkan perhatian mereka seperti membawa buku kesukaan atau mainan kesukaan mereka.

Rujukan :

  • Toran, H. (2017). Autisme; Panduan Ibu Bapa.Ryadh
  • https://www.healthline.com/health/autism/stimming
  • https://childmind.org/article/autism-and-stimming/
  • https://www.appliedbehavioranalysisedu.org/what-is-stimming/
  • https://www.ambitiousaboutautism.org.uk/information-about-autism/behaviour/repetitive-behaviours-and-stimming

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp