Tips Mencegah Social Anxiety Anak

Gambar Blogpost Tips Mencegah Social Anxiety Anak

Dalam dunia yang semakin mencabar dan berorientasikan sosial, keupayaan kanak-kanak untuk mampu berinteraksi dengan yakin memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan emosi dan sosial mereka. Namun, tidak semua kanak-kanak mampu menghadapi situasi sosial dengan baik, malah ada yang perlu berhadapan dengan masalah kebimbangan yang melampau apabila berhadapan dengan orang lain, iaitu keadaan yang dikenali sebagai social anxiety. Jika tidak ditangani sejak awal, social anxiety ini mampu untuk menjejaskan keyakinan diri, pencapaian akademik serta hubungan sosial anak. Oleh itu, pencegahan awal melalui peranan ibu bapa dan persekitaran yang menyokong sangat lah penting bagi membantu anak membina keyakinan, mengurus kebimbangan dan berkembang secara sihat dalam kehidupan sosial mereka.

Apakah itu Social Anxiety?

Social anxiety ialah merupakan kebimbangan sosial berkaitan dengan keadaan psikologi di mana kanak-kanak akan mengalami ketakutan dan kebimbangan secara berlebihan terhadap situasi sosial yang melibatkan untuk mereka berinteraksi dengan orang lain. kanak-kanak yang mengalami social anxiety akan merasa sangat bimbang yang mereka akan dinilai secara negatif, dipermalukan atau mereka melakukan kesilapan di hadapan rakan sebaya. Kebimbangan ini bukanlah sekadar sifat pemalu yang normal, sebaliknya bersifat berpanjangan, melampaui tahap perkembangan umur dan mengganggu fungsi harian seperti pembelajaran, pergaulan sosial dan kesejahteraan emosi. Jika masalah ini tidak ditangani, social anxiety boleh berterusan sehingga ke alam remaja dan dewasa.

Tanda-tanda Social Anxiety

Kanak-kanak yang mengalami social anxiety akan menunjukkan pelbagai tanda dari aspek emosi, tingkah laku dan fizikal.

Dari segi emosi dan kognitif

  • mereka akan merasa takut yang melampau terhadap kritikan, memiliki pola pemikiran negatif tentang diri sendiri serta menjangkakan kegagalan sebelum berada dalam situasi sosial

Dari segi tingkah laku

  • Kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mengelak daripada bercakap di dalam kelas, mereka enggan menyertai aktiviti berkumpulan, dan lebih memilih unutk menyendiri semasa waktu rehat serta meraka juga menunjukkan tahap kebergantungan yang tinggi kepada ibu bapa.

Dari segi reaksi fizikal

  • Mereka akan merasa degupan jantung yang laju, berpeluh, menggigil, sakit perut, loya dan ketegangan otot, terutamanya apabila mereka perlu berhadapan dengan situasi sosial yang mencabar.

Faktor-faktor Social Anxiety

Terdapat beberapa faktor utama yang menjadi peyumbang kepada perkembangan social anxiety dalam kalangan kanak-kanak. Dari sudut biologi, faktor genetik memainkan peranan yang sangat penting kerana kanak-kanak yang memiliki ibu bapa yang mempunyai gangguan kebimbangan akan lebih berisiko untuk mengalami masalah yang sama.

Selain itu, behavioral inhibition, iaitu kecenderungan semula jadi kanak-kanak untuk bersikap sangat berhati-hati, sensitif dan mudah takut terhadap situasi baharu, juga menjadi punca kepada tingkatnya risiko social anxiety. Dari sudut pandangan psikologi pula, pemikiran negatif yang berulang, memiliki keyakinan diri yang rendah dan kekurangan kemahiran sosial juga menyumbang kepada kebimbangan sosial.

Tidak lupa juga faktor persekitaran seperti pengalaman dibuli, dipermalukan di hadapan orang lain, cara ibu bapa yang terlalu mengawal atau melindungi serta kurang peluang berinteraksi sosial yang positif pada peringkat awal perkembangan juga mampu menjadi faktor terjadinya social anxiety dalam diri anak.

Rawatan dan Cara Mencegah Social Anxiety Anak

Dari segi rawatan, ditegaskan bahawa Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT) merupakan pendekatan yang paling berkesan dalam membantu untuk menangani social anxiety kanak-kanak. Terapi ini akan membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti dan mengubah pemikiran negatif mereka, membina keyakinan diri serta mempelajari kemahiran sosial yang sesuai. Selain itu, latihan pendedahan secara berperingkat boleh digunakan untuk membiasakan kanak-kanak dalam menghadapi situasi sosial tanpa perlu mengelak, sekali gus mengurangkan ketakutan dalam jangka panjang.

Dari sudut pencegahan, peranan ibu bapa sangatlah penting, antaranya dengan membantu menyediakan persekitaran emosi yang lebih selamat, mendengar perasaan anak tanpa menghakimi, mengelakkan pelabelan negatif seperti “pemalu” atau “penakut”, serta teruskan untuk menggalakkan anak berdikari dan berinteraksi secara positif. Dengan sokongan awal dan intervensi yang sesuai, social anxiety dalam kalangan kanak-kanak dapat dicegah dan perkembangan emosi mereka dapat dibantu secara menyeluruh.

Kesimpulan

Kesimpulannya, social anxiety dalam kalangan kanak-kanak bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia mampu memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan emosi dan sosial anak-anak. Melalui pencegahan awal, sokongan emosi yang konsisten serta pendedahan sosial yang berperingkat, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak membina keyakinan diri dan kemahiran bersosial yang baik. Pendekatan keibubapaan yang positif dan memahami keperluan emosi anak bukan sahaja dapat membantu mengurangkan risiko social anxiety, malah dapat membantu melahirkan anak yang lebih yakin, berani dan seimbang dari segi emosi. Dengan perhatian dan bimbingan yang betul, kanak-kanak dapat membesar di dalam persekitaran yang menyokong kesejahteraan mental mereka.

Jiwadamai juga boleh membantu anda dalam isu psikologi yang dihadapi daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke dewasa sama ada ia isu kesihatan mental mahupun isu perkembangan kanak-kanak secara holistik kerana ahli klinikal kami terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologis Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), dan juga ahli terapi pertuturan (speech therapist).

Sekiranya anda rasa ingin berbual atau mendapatkan sokongan, anda boleh hubungi kami melalui talian 017 269 4852 (hotline isu dewasa) dan 011 5430 8949 (hotline isu kanak-kanak & remaja) dan lakukan janji temu bersama kami. Kami sedia membantu anda.

Ditulis oleh : Adriana Batrisyia , Pelajar Psikologi UNISEL
Disahkan oleh : Terapis Cara Kerja Jiwadamai

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp