Post Traumatic Stress Disorder (PTSD): 4 Kategori Simptom

Gambar Blogpost Post Traumatic Stress Disorder (PTSD): 4 Kategori Simptom

Simptom PTSD biasanya bermula dalam tempoh 3 bulan dari peristiwa traumatik, tetapi adakalanya muncul lebih lewat dari itu.

Untuk memenuhi kriteria PTSD, simptom mestilah berterusan lebih daripada 1 bulan, dan ianya sangat teruk sehingga mengganggu aspek kehidupan seharian, seperti perhubungan atau kerja. Simptom juga mestilah tidak berkaitan dengan ubat, penggunaan dadah, atau penyakit lain.

Perjalanan gangguan ini berbeza-beza. Walaupun sesetengah orang pulih dalam masa 6 bulan, ada juga yang mempunyai simptom berpanjangan selama setahun atau lebih lama.

Orang yang mempunyai PTSD mempunyai pemikiran dan perasaan yang berlebihan dan mengganggu yang berkaitan dengan pengalaman mereka selepas sesuatu peristiwa traumatik berakhir.

Apakah Simptom PTSD?

Diagnosis PTSD memerlukan kehadiran simptom daripada EMPAT (4) kategori berbeza :

1) Mengelak

  • Mengelak berjumpa orang ramai.
  • Mengelak bau, pemandangan atau bunyi tertentu.
  • Mengelak daripada bercakap atau berfikir tentang peristiwa itu.

2) Mengingati semula atau mengalami semula peristiwa itu

  • Mimpi ngeri.
  • Kilas balik (flashback).
  • Pencetus : perkataan, objek atau situasi.

3) Hiperarousal atau berjaga-jaga

  • Menjadi gelisah atau terlalu berjaga-jaga.
  • Sukar tidur atau menumpukan perhatian.
  • Perasaan marah atau mudah marah.

4) Perubahan negatif dalam kepercayaan dan perasaan

  • Hilang minat terhadap perkara yang anda sukai dahulu.
  • Rasa bersalah atau malu.
  • Tidak boleh mempercayai orang lain.

Ahli psikologi klinikal atau pakar psikiatri yang mempunyai pengalaman membantu orang yang mengalami penyakit mental boleh menentukan sama ada simptom yang dialami oleh seseorang individu memenuhi kriteria untuk PTSD ataupun tidak.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp