Sedar atau tidak, anak kita sebenarnya telah pun berkomunikasi dengan kita sejak dia lahir lagi, sebelum mulutnya mampu untuk menuturkan perkataan pertamanya. Teruskan pembacaan untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka patut lakukan dalam 5 tahun pertama hidupnya dan bagaimana anda boleh membantunya.
Masalah di dalam percakapan, bahasa dan pendengaran boleh menimbulkan kesukaran ataupun isu untuk mereka belajar di sekolah ataupun untuk berinteraksi dengan orang lain. Sekiranya mereka mendapat bantuan awal, masa depan mereka akan menjadi lebih cerah.
Kanak-kanak mempunyai kadar perkembangan mereka yang tersendiri. Rujukan yang disediakan adalah berdasarkan tinjauan pencapaian normal yang diperlukan untuk kanak-kanak yang bercakap dan menggunakan satu bahasa.
Anak anda sepatutnya mahir dalam skil tersebut apabila dia menghampiri umur maksimum bagi setiap kategori tersebut. Sekiranya anak anda tidak mampu melakukan satu skil yang ada di dalam kategori umur tersebut, jangan risau, ia tak bermaksud anak anda mempunyai masalah. Anda mungkin perlu pertimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut dengan berjumpa mereka yang pakar sekiranya kebanyakan daripada skil tersebut tidak dapat dilakukan.
Umur | Kemahiran |
0 – 6 bulan | Menghasilkan bunyi pada nada yang tinggi dan memberi respons kepada bunyi. |
7 – 11 bulan | Mengeluarkan bunyi seperti ‘dada’ dan dapat memahami arahan mudah seperti ‘salam’. Mengajuk bunyi mudah seperti bunyi kenderaan dan haiwan. |
1 tahun | Memperolehi 10-25 patah perkataan dan menggunakan suku kata perkataan seperti ‘makan’ yang disebut sebagai ‘kan’. Boleh memanggil nama ahli keluarga terdekat. |
2 tahun | Memperolehi sekurang-kurangnya 50 patah perkataan dengan menggabungkan 2-3 perkataan. Mengikut arahan tanpa bantuan individu lain. |
3 tahun | Dapat menyebut nama penuh. Bercerita menggunakan ayat yang mempunyai 3-4 patah perkataan dan memahami soalan seperti apa, bila, bagaimana dan di mana. |
4 tahun | Menggunakan ayat dengan kata hubung. Dapat memahami konsep serta menjawab soalan berkenaan dengan fungsi objek. |
5 tahun | Menggunakan ayat yang mengandungi lebih daripada 5 perkataan. Dapat memahami arahan yang kompleks serta menghasilkan bahasa dan pertuturan yang sama seperti orang dewasa. |
Ini carta panduan asas sahaja. Kalau awal daripada ini, bagus. Kalau lewat sikit tak mengapa. Tapi kalau lewat sangat, kena segera hantar ke terapi pertuturan untuk \’kejar\’ balik pencapaian perkembangannya.
Sekiranya anak anda mempunyai masalah lewat bercakap atau anda tidak pasti adakah perkembangannya masih normal ataupun tidak, boleh rujuk ke tempat kami untuk penilaian daripada pakar.
Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam menyediakan penilaian untuk diagnosis, terapi pertuturan dan juga carakerja untuk kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menyediakan silibus Early Intervention Programme (EIP). Program ini adalah satu program yang dirangka khusus dan holistik bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kelewatan perkembangan yang memerlukan intervensi awal sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan.