Apa itu Autisme?

Gambar Blogpost Apa itu Autisme?

OVERVIEW :

Autism is a lifelong neurodevelopmental disorder that is very complex and typically being recognized during early childhood. It is a spectrum that affects one\’s social interaction, speech and nonverbal communication, and restricted/repetitive behaviors. Having said that, Autism Spectrum Disorder (ASD) effects and severity of symptoms differ from one to another.

Autisme dipinjam daripada perkataan bahasa Greek, ‘autos’ yang bermaksud sendiri. Ia menggambarkan keadaan seseorang yang sepertinya hidup dalam dunianya sendiri.

Autisme adalah kecelaruan neurologi yang mengganggu otak secara kekal dan yang memberi kesan kepada seseorang itu seumur hidupnya. Kecelaruan ini akan mengakibatkan masalah komunikasi, interaksi sosial dan tingkahlaku. Analogi mudah telah diberikan oleh Prof Madya Dr. Hasnah Toran, Pengarah Pusat PERMATA Kurnia (sebuah pusat intervensi awal untuk kanak-kanak yang mengalami Autisme); bayangkan otak ini seperti komputer.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai Autisme, wayar di dalam computer tersebut bercelaru menyebabkan kebolehupayaan mereka untuk memahami sesuatu input adalah berbeza dan lalu menatijahkan output yang juga berbeza. Output atau hasil berbeza yang dimaksudkan di sini ialah kelainan tingkahlaku dan juga tutur percakapan yang berlainan dengan kanak-kanak yang sebaya.

1. Ramai ke yang ada kondisi seperti ini?

Menurut Garis Panduan Klinikal Pengurusan Autisme Malaysia 2014, dalam setiap 1000 kanak-kanak, akan ada 1.6 peratus kanak-kanak yang mempunyai Autisme, manakala data terbaru berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) pada 2016 bagi Autisme menunjukkan bahawa satu daripada 54 orang kanak-kanak akan mempunyai kondisi ini. Menurutnya lagi, Autisme adalah 4 kali ganda lebih berisiko kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. 

2. Apakah ciri-ciri Autisme?

Anda sewajarnya mengambil serius tentang keadaan anak sekiranya mereka menunjukkan ciri-ciri di bawah :

a. Mempunyai jurang komunikasi dan interaksi sosial :

  •  Susah untuk memberi kerjasama atau ‘engage’ dalam sesuatu hubungan (tidak mahu berkongsi mainan, kurang menunjukkan emosi atau riak wajah yang bersesuaian dengan keadaan contohnya apabila dipuji atau dimarahi, tidak menyahut apabila dipanggil, tidak seolah-olah berada dalam dunianya sendiri)
  •  Mempunyai jurang dalam komunikasi bukan lisan (tiada eye contact, tidak memahami lenggok bahasa badan, tidak mempunyai ekspresi muka yang jelas seolah-olah tiada emosi atau perasaan)
  •  Mempunyai jurang dalam memahami, membina dan mengekalkan hubungan (kurang menunjukkan permainan berbentuk imaginasi (contoh main rumah-rumah, bercakap dan melayan anak patung seakan-akan manusia), tidak menunjukkan sifat berkawan dan tidak bermain dalam kumpulan.
  • Perkembangan bahasa yang lewat dan kekurangan perkataan atau sering menggunakan perkataan yang sama sahaja kerana limitasi penguasaan bahasa

b. Tingkah laku, minat atau aktiviti yang terhad dan berulang

  • Pergerakan tubuh, objek atau pertuturan yang sama dan berulang (menghantuk kepala, mengibas-ngibas tangan, menyusun atur mainan dalam barisan, jalan berjengket)
  • Rutin hidup yang sama – tidak fleksibel dan mempunyai pemikiran yang tetap dan sukar diubah (contohnya, jadual makannya mesti tepat pada masa yang sepatutnya, sekiranya terawal atau terlambat, dia akan mengamuk.)
  • Sangat sensitif atau kurang sensitif terhadap rangsangan deria daripada persekitaran (tidak boleh mendengar bunyi yang kuat yang mana boleh diterima oleh kanak-kanak yang lain, tidak suka dipeluk, tidak mempunyai respons yang normal seperti kanak-kanak lain terhadap sakit, panas atau pedas)
  • Minat yang terhad dan tetap terhadap sesuatu sehingga memberi tumpuan yang berlebihan dan mendalam atau fixated interest

Little boy playing mathematics wooden toy at nursery Premium Photo

Simptom- simptom di atas selalunya dapat dikesan di awal usia kanak-kanak. Namun, disebabkan Autisme ini adalah satu spektrum, maka tak semestinya kesemua simptom di atas akan ada pada satu-satu masa. Tambahan lagi, setiap kanak-kanak yang mempunyai kondisi ini boleh mempunyai simptom yang berlainan dengan kanak-kanak Autisme yang lain.

Kebanyakan kes yang dikesan adalah apabila terdapat keperluan sosial atau social demand yang melangkaui kemampuan kanak-kanak itu. Contohya, apabila mula memasuki pra-sekolah yang menuntut kanak-kanak untuk bersosial dengan sahabat seusianya.

Dalam keadaan tertentu, terdapat beberapa individu yang mengalami autisme turut:

  • Mempunyai intelektual rendah
  • Kelewatan percakapan (speech delay) 
  • Mempunyai masalah kesihatan, genetik atau persekitaran
  • Isu perkembangan, mental dan tingkahlaku

Mengikut Diagnostic Statistic Manual – 5 (DSM- 5), Autisme telah dirombak menjadi satu spektrum yang besar berbanding sebelum ini di mana terdapat beberapa diagnosis di bawah kumpulan Gangguan Perkembangan Meluas atau Pervasive Developmental Disorder. 

Namun secara mudahnya untuk rujukan umum, ASD akan diklasifikasikan mengikut mild, moderate atau severe berdasarkan keputusan ujian klinikal yang dilakukan.

3. Apa yang boleh saya lakukan?

Sebagai ibu bapa, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai anak anda, ianya tidak salah untuk mencari pendapat yang lebih pakar. Seperti yang kita maklum, intervensi awal (Early Intervention Program) ternyata memberikan kesan yang lebih efektif.

Persoalannya, bilakah waktu yang sepatutnya saya pergi mendapatkan bantuan? Jawapannya, bila anda merasakan keadaan itu tidak normal. Segera berjumpa dengan yang pakar, dan sementara menunggu proses pengesahan yang memakan masa tersebut, anda boleh membawa anak anda untuk berjumpa dengan terapis carakerja atau pertuturan untuk membantu masalah sedia ada.

Bagi ibu bapa kepada kanak –kanak yang mempunyai Austime, anda adalah sokongan terdekat dan terhebat yang mereka perlukan. 

1. Banyakkan pembacaan pada lawan web yang sahih dan bertanya pada yang pakar tentang bagaimana cara untuk membantu kanak-kanak ini. Pendidikan di rumah perlu seiring dengan pendidikan yang diberikan oleh pihak luar (sekolah). Kita perlu mempunyai pengetahuan yang baik untuk memahami mereka kerana pemahaman itulah yang akan menentukan bagaimana tindak tanduk atau reaksi kita yang seterusnya terhadap anak-anak. Kebanyakan ibubapa berada dalam fasa penolakan atau ‘denial’ apabila anak mereka disahkan mempunyai Autisme. Jujur kata, ianya memang sesuatu yang sangat berat, anda akan berhadapan dengan pelbagai reaksi masyarakat yang mungkin masih cetek ilmu mengenai kondisi ini. Namun, sekiranya kita berterusan begitu, yang akan mendapat kesannya adalah anak kita. Berikan mereka hak dan perhatian yang sewajarnya untuk kita bantu mereka hidup seperti yang lain. 

2. Sertai support group Autisme yang sedia ada untuk mendapatkan sokongan dan kekuatan untuk kita sendiri sebagai ibu bapa kepada anak-anak istimewa ini.

Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam menyediakan penilaian untuk diagnosis, terapi pertuturan dan juga carakerja untuk kanak-kanak yang memerlukan.

Kami juga menyediakan silibus Early Intervention Programme (EIP). Program ini adalah satu program yang dirangka khusus dan holistik bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kelewatan perkembangan yang memerlukan intervensi awal sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp