Kanak-Kanak?
Jika kita perasan, ada di kalangan kanak-kanak di luar sana yang mempunyai masalah dalam perkembangan ataupun pertuturan mereka. Segelintir ibu bapa atau guru yang tidak peka tentang permasalahan ini memukul rata tentang isu yang mereka hadapi dan menyatakan yang mereka ini nakal, degil dan sebagainya.
Rawatan permasalahan psikologi kanak-kanak ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada 4 bahagian besar:
Terapi pertuturan adalah rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak seawal usia bayi yang mempunyai masalah dalam komunikasi dan bahasa.
Terapis pertuturan kami akan mengenal pasti punca masalah pertuturan dan bahasa dengan menjalankan ujian penilaian dan merangka program pemulihan.
Rawatan intervensi awal yang dilakukan bagi kanak-kanak yang mempunyai kelewatan perkembangan, sebagai persediaan sebelum ke alam persekolahan.
ADHD, Autisme, Kelewatan Perkembangan Global (Global Developmental Delay), Kecelaruan Processing Sensori
Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan daripada segi perkembangan sosial, sensori, kemahiran motor, pembelajaran dan sebagainya memerlukan intervensi awal supaya dapat menyediakan diri ke alam persekolahan. Lebih awal intervensi, lebih efektif kesannya.
Namun, tahap perkembangan kanak-kanak adalah bergantung kepada tahap masing-masing. Penting untuk ibu bapa mempunyai nilai ekspektasi yang betul.
Interaksi dengan orang sekeliling, memandang apabila nama disebut, dapat bermain dengan rakan sebaya dengan baik dan dapat memahami konsep bekerjasama. Ini antara kemahiran yang dilatih kepada pelajar EIP Jiwadamai ini.
Aspek kognitif ialah kefahaman kanak-kanak dalam menerima arahan, keupayaan menyebut sesuatu, kemahiran menyelesaikan masalah seharian dan kemampuan meluahkan perasaan. Penting untuk perkembangan menjadi manusia dewasa kelak.
Mengubah tingkah laku kanak-kanak ke arah yang lebih positif dan diterima oleh komuniti. Selain itu, dalam kelas EIP setiap tingkah laku anak-anak akan dinilai dan diperhatikan demi memastikan semuanya mengikut perancangan silibus.
Anak-anak keperluan khas perlu mempunyai persediaan sebelum mereka melangkah ke persekolahan biasa mahupun persekolahan khas. Persediaan merangkumi akademi, sosial, skil motor halus, kasar, visual, dan sebagainya.
EIP membantu anak-anak berkeperluan khas belajar mengurus diri sendiri seperti memberus gigi sendiri, ke tandas sendiri, memakai baju sendiri dan sebagainya.
ADHD diklasifikasikan sebagai tidak teratur dan tidak dapat menyelesaikan tugas tanpa bimbingan yang berterusan dari penjaga kerana mereka sering beralih dari satu kerja ke pekerjaan yang lain. Mereka ini kerap kali mudah terganggu dan mengalami kesulitan menurut arahan.
Autisma merupakan kecelaruan perkembangan neurologi yang juga mempengaruhi pemprosesan bahasa dan pertuturan.
WISC merupakan instrumen yang digunakan oleh psikologis klinikal khusus kepada kanak-kanak dan remaja berusia antara 6-16 tahun untuk mengukur kebolehan kognitif yang berkaitan dengan penilaian dan mengenal pasti ketidakupayaan pembelajaran tertentu, terutamanya disleksia dan dyscalculia.
Bagi kanak-kanak yg mula mendapat pendidikan formal, isu yang perlu diberi perhatian ialah Kecelaruan Pembelajaran Khusus atau kita sering panggil sebagai Disleksia. Namun, Disleksia hanyalah salah satu kategori sahaja Sebenarnya, terdapat 2 lagi kategori bagi masalah pembelajaran. Ada sesetengah kanak-kanak yang tidak tergolong di dalam mana-mana kategori di bawah sebaliknya hanya didiagnos sebagai slow learner. Oleh itu, diagnosis perlu dilakukan oleh psikologis klinikal bagi membolehkan ibu bapa mengetahui status sebenar anak-anak.
Tingkah laku school refusal merujuk kepada kanak-kanak yang mengelak untuk hadir ke sekolah dan / atau mengalami kesukaran berterusan untuk berada di dalam bilik darjah sepanjang waktu persekolahan.