"Adakah anda pemilik syarikat, seorang profesional HR atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)? Kami di Sini untuk Membantu Anda."
Kebelakangan ini, kami menerima banyak aduan dan pertanyaan dari tempat kerja berkaitan isu-isu kesihatan mental. Ramai yang mengalami tekanan, keletihan melampau (burnout), kebimbangan (anxiety), dan pelbagai lagi masalah kesihatan mental yang boleh menjejaskan produktiviti serta kebahagiaan pekerja.
Contohnya, ini antara dapatan kami apabila menjalankan saringan kesihatan mental di tempat kerja adalah seperti di bawah.
Daripada 60 pekerja yang mengambil bahagian, 23 pekerja sedang menghadapi gejala kebimbangan yang teruk dan sangat teruk. Keadaan ini turut ditemui dalam ratusan tempat kerja dan organisasi yang kami saring. Ramai pekerja mengalami
cabaran dan sukar mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Oleh itu, kami menawarkan sesi 1 jam secara PERCUMA bersama pengamal kesihatan mental yang bernilai RM500 untuk pemilik syarikat, pegawai sumber manusia (HR), dan pegawai kesihatan dan keselamatan (SHO). Sesi ini bertujuan untuk membincangkan dan merancang strategi penyelesaian masalah di tempat kerja anda.

